VOCALIST
Tuesday, September 7, 2010
ERTI KEPADA SYAWAL
Umat Islam bertuah dapat mengecapi nikmat Islam hari ni. Rasulullah dan sahabat membayar harga cukup mahal untuk melihat Islam selesa diamalkan mutakhir ini. Projek mega yang dilaksana Nabi Muhammad SAW memberi kesinambungan kepada dunia Islam.
Bermula secara sembunyi, kemudian diisytihar terang-terangan dan sehingga wujudnya projek masyhur seumpama Al Badar, Al Ahzab dan Fathi Mekah. Ramadan bersaksi projek-projek ini memberi impak yang cukup kuat kepada posisi umat Islam sehingga kini. Begitu kuat tarbiyah Ramadan mengikat Rasulullah SAW dan sahabat waktu ini. Apa saja sentimen keluarga dikesamping kepentingannya semata-mata untuk melihat daulah Islam tertegak.
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu Agama kamu…” Al-Maidah : Ayat 3
Kami warga Sidang Senduk mengharapkan segala usaha kami sepanjang Ramadan dapat dipanjangkan penghargaannya kepada perjuangan Rasulullah SAW dan sahabat.
Mulanya Ramadan kami dengan projek menurap jalan yang berlangsung menjelang tengah malam. Beberapa kerat kudrat ahli dikerahkan untuk merealisasikan hasrat kariah mempunyai kemudahan jalan yang lebih selesa terlaksana.
Kami menjamu kariah kampung dengan nasi talam dan kurma daging pada majlis berbuka dan kemudian menyambung tarbiyah kami dengan program qiamulail pada Ramadan ke 20. Walau hujan sepanjang malam, 2 saf jemaah yang hadir membuktikan program kami mencapai KPI yang ditetapkan.
Seterusnya beberapa pemuda kami dengan 3 biji mesin rumput bergalas mengusahakan pembersihan bahu jalan sehingga tengahari 25 Ramadan.
Dengan sedikit pengorbanan, kami berharap kemenangan hebat terdahulu dapat dinikmati bersama dengan penuh kegembiraan.
Seharus pujian dan penghargaan diberikan kepada Rasulullah SAW dan sahabat diatas ehsan budi baginda melalui nilai takbir dan tahmid. Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamdu...
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah berbondong-bondong. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia Maha Menerima taubat"..An-Nasr : Ayat 1-3.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment