VOCALIST

Saturday, September 25, 2010

PAK BAEN STORY : PENYAMUN DAN ALI BABA

Kebarangkali inilah usul nasihat pertama ketua penyamun untuk sarjannya kalau mahukan wang lebih untuk kantung kementeriannya iaitu jabatan enjin hilang. "Kamu ambik ini dadu..tapi ingat 2 kali baling saja.."
Bagai lipan kudung, Tuan Sarjan kalut bergegas ke Tanjong Pager sambil diruang jingga otaknya memikir "Pasai apa 2 kali saja..bila nak pegang stereng keretapi ?
"Ish mengigau apa pulak aku ni. Dadu tak baling lagi dah mikir stereng. Chef aku pun baru boleh berangan atas 'beskal' chopper".
Ramai sudah rakyat yang menunggu di kawasan pangkalan Tanjong. Memang terasa teguran angin laut dari situ. Kekadang diselang dengan bangkai ikan bedukang. Dari gigi air jelas kelihatan negara jiran yang baru-baru ni miliki hak keatas Pulau Puteh Mata. "Ceh!Apa sangat la Puteh Mata tu hangpa nak bangga sangat, nak buat danga derian pun tak muat". Emosi jugak sarjan sambil menunjuk-nunjuk tangan ala mamak Penang Tanjung Tukun.
Sarjan pun menyusun mukadimah taklimat. Seperti juga usul chef penyamun, Dia hanya mengulang saja pesanan dari nya sepatah-patah.

Apabila tersembul perkataan 'tikam' ,melompat-lompat teruja orang sekeliling tempat Sarjan tegak berdiri. Rupanya permainan seumpama inilah yang ditunggu oleh mereka selama ini. Sejak Piala Dunia 3 purnama yang lalu mereka tinggalkan.
"Heh..ada peluang untuk aku ni..dah 3 Bulan mereka tak main..gerenti mereka alpa."lebar bibir sarjan dibuatnya.
Apabila dibuka saja papan tanda, berpusu-pusu desup bunyi syiling bagaikan turun hujan dinar dan derham ke bumi.
Rupanya wang syiling tadi datang dari mantan-mantan pemilik tanah di negeri Tanjong ni jugak.
"Dulu aku orang kaya lah, berjuta relung lah tanah aku..tapi itu penyamun sudah tipu sama aku lah, dia bilang lain tapi habis semua tanah aku di samun..sekarang aku sudah jatuh miskin lah..Syiling jugak ada.."...Macam aku perasan suara ni..Tapi macam mamak Penang pulak loghat dia.. Oo baru aku ingat, dia la yang Persatuan Penyamun senarai hitam dulu ni.. Bisik suara hati Sarjan.
"Aku tikam 800 bilion derham untuk nombor 5.."Huit..banyaknya.."Ops..nanti..nanti! nombor 5 tak boleh la, sudah register la.."Nasib teringat kalau tidak lingkup bisnes." ok la kalu tak boleh 5, nombor 6 bolehla.."
"Mari kita lihat siapa yang kena!!"Tersengih-sengih sarjan menahan gelak. Berderu ex-tuan tanah tadi macam lembu kat Las Vegas dihambat tuannya.
"Nombor 5!!..Tiada siapa yang kena"Huh!!"merudum keluh puak-puak tadi apabila keputusan jelas tak memihak..
"Ok..ada satu lagi peluang untuk menang.."Begitu fokus puak-puak tadi meneliti papan tanda supaya tidak pulang mereka dengan tangan kosong..
"Aku mau nombor 2..nah!!"Terbeliak sarjan tengok seguni syiling derham diletakkan bekas orang kaya tadi yang digelar YB oleh rakan sekelilingnya..
"Semua orang dah berpuas hati!!..saya baling sekarang.."
"Mari kita lihat siapa yang kena"Dah rasa nak terkucil sarjan menahan gelak..Betulla chef suruh aku baling 2 kali saja..kata Sarjan lagi..
Balingan kedua pun sudah tentu sah tiada pemenangnya. Puak-puak tadi terus jugak menyuruh sarjan membuat balingan ketiga. "Berapa punya teruk daa ketagihnya puak-puak ni berjudi" Sambil mengangkat tangan dan menggeleng kepala, sarjan terus berlalu sambil menutup 'majlis' tersebut.

"Sebarang Bantahan tidak dilayan sama sekali..Tuan-tuan boleh tunggu sehingga Mahkamah Timbang Tara mengumumkan keputusan nya.."

TRUE LEGEND - UMAR AL KHATTAB RA


“ Ya Rasulullah , tidak akan ada dua kematian untuk seseorang, maka selepas ini tiada lagi kesakitan untukmu ya Rasulullah. Ya Rasulullah, andai air mata itu bermakna, maka aku akan menangis hingga kering air mataku”


Begitu tenang Saidina Abu Bakar mengawal bijak kesedihannya.
Dan dengan tidak mempedulikan emosi Umar AlKhattab ketika itu, Abu Bakar terus menyusun kata..

“ Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Barangsiapa yang menyembah ALLAH, maka ALLAH itu hidup dan tidak akan mati”


Terus dia membacakan firman ALLAH SWT yang berbunyi:

Dan tidaklah Muhammad itu melainkan hanya seorang nabi, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia mati atau terbunuh, kamu semua memalingkan tumit-tumit kamu? Barangsiapa yang memalingkan tumit-tumit mereka, maka tidak akan sesekali mereka itu memudaratkan ALLAH sedikit pun…” Surah Ali-Imran ayat 144.

Umar RA ketika itu terus melepaskan pedangnya, terjelepuk jatuh. Mendengar ayat itu, baru dia tersedar bahawa Rasulullah SAW benar-benar telah meninggal dunia. Dia berkata:

Sungguh, aku merasakan seperti tidak pernah membaca ayat itu

Saidina Umar r.a. benar-benar sedar bahawa Nabi s.a.w telah wafat kembali ke sisi ALLAH S.W.T

"sesungguhnya tinggi darjatmu di sisi ALLAH sehinggakan Tuhan menyamakan ketaatan kepadamu seperti mentaati-Nya.


firman-nya yang bermaksud,
" Barang siapa yang mentaati Rasul itu sesungguhnya dia mentaati ALLAH."...Surah An-Nisa 80

Keluh Saidina Umar lagi " betapa tinggi darjatmu hai Nabi s.a.w.hingga ALLAH telah mengampunkan kamu sebelum Dia menjelaskan kesalahan dosamu"

" Semoga ALLAH mengampunkan kamu. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu org yg benar2 dlm keuzuran dan sebelum kamu ketahui orang yg berdusta"..Surah At Taubah 43

Itulah gambaran begitu tinggi darjatmu Ya Nabi s.a.w hingga ALLAH S.W.T menyayangi kepadamu, dimaafkan dahulu, setelah itu baru dinyatakan kesalahanmu.

Keluh Saidina Umar lagi "Sesungguhnya Musa a.s itu nabi yg keramat apabila ketiadaan air, ALLAH SWT perintah supaya pukullah tongkat ke batu lantas terbit mata air..tetapi engkau hai Nabi telah terbit air dari celah jarimu yang mulia, ini lebih keramat dan mukjizat kurniaan luar biasa dari ALLAH SWT yg menyayangimu. menjadi kebanggaan dan catatan sejarah sepanjang hayat umatnya hingga kiamat.
Saidina Umar menyuarakan keluhannya lagi " Sesungguhnya Nabi Sulaiman diberi kuasa oleh ALLAH SWT perintah angin untuk membawanya sejauh perjalanan sebulan, dengan itu Nabi Sulaiman boleh mengawasi seluruh negaranya hanya dengan kuasa angin yg membawanya. sebaliknya engkau wahai Nabi Muhammad ditadirkan ALLAH SWT dengan makhluk Buroq menembusi angkasa hingga ke langit yg ke-7, ke tempat paling tinggi iaitu Sidratul Muntaha hatta malaikat Jibrail tidak upaya bersamamu lagi.

"Demi ayah dan ibuku" keluh saidina umar lagi " sesungguhnyaNabi Isa telah diberi mukjizat sehingga boleh menyembuhkan org yang buta sejak dilahirkan, menyembuhkan org yg sakit sopak, malah menghidupkan orang yang telah mati. Tetapi kau ya Rasulallah ketika org menghadiahkanmu panggang paha daging kambing yang menjadi kegemaranmu,ketika kamu hendak menikmatinya tiba2 panggang paha kambing itu berkata.."ya Nabi jangan engkau makan aku, kerana dalamnya tersorok racun yg boleh membinasakanmu."

Demikian gagalnya segala musuh untuk membunuh Nabi saw setelah tidak berjaya dgn pelbagai konspirasi untuk membunuhmu. Betapa hebatnya keramat dan mukjizat Nabi saw hingga paha kambing mampu bertutur memberitahu Nabi saw demi menyelamatkan dari perbuatan khianat musuhmu itu.

Keluh saidina Umar lagi " Ya Rasulallah terlalu ramai manusia seluruh dunia menjadi pengikutmu, jika dibandingkan dengan usiamu yg tidak panjang dan masa perjuanganmu pula singkat.Jika dibandingkan dengan Nabi Nuh as yg berusia 1000 thn , bererti masa berdakwah dan perjuangannya terlalu panjang tetapi pengikutnya tidak seberapa dan terlalu sedikit, sekadar muat dalam perahu yang sederhana besarnya"

Jika engkau mengembara menjalankan tugas agama ALLAH, engkau hanya menunggang khimar dengan menggendong sesuatu sebagai org awam , tanpa kebesaran.
Apabila kamu makan dengan makanan kering yang diletak atas bumi, sesudahnya engkau kulum dan kucup jarimu. semuanya tanda engkau amat merendah diri. Inilah kelebihan Rasulullah sebagai pemimpin yg tidak wujud dalam pemimpin sesuatu kaum dan masyarakat.
"Oleh itu " kata saidina Umar "Aku berdoa semoga ALLAH SWT memberi kesejahteraan kepadamu wahai Nabi yg mulia di alam barzakh."

Sunday, September 19, 2010

SIDANG SENDUK : PENJENAMAAN SEMULA


Sidang Senduk ditubuhkan bagi menyahut hasrat, istiqamah dan aspirasi anak-anak muda khususnya di Kampung Senduk yang ingin hidup selesa bersama nikmat Islam disamping sangat benci melihat pelbagai bentuk kezaliman. Sidang Senduk juga sedaya-upaya akan membantu mengekalkan fungsi Surau As-somadiah sebagai institusi penting dalam kariah.

Allah berfirman dalam Surah Hud ayat 113:
وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ
Jangan kalian cenderung menyokong orang yang zalim; kelak kalian akan dibakar oleh api neraka. (ketika itu) kalian tidak akan ada selain Allah sebagai penyelamat dan kalian tidak akan mendapat apa-apa pertolongan

Bagi merealisasikan impian tersebut pelbagai agenda disusun khas secara berterusan melibatkan anak jati kampung terutama anak muda. Kebanyakan program lebih fokus kearah anak muda kampung disebabkan kekuatan golongan ini kelak akan menjadi pemangkin kepada perjuangan yang asalnya diasaskan orang-orang sebelumnya.

“Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian D
ia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki- Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” ( QS : Ar-Ruum 30 : 54 )

Sasaran harapan kepada anak muda Sidang Senduk.

1. Takut hanya kepada Allah SWT dan benci melihat sebarang kezaliman dan kemungkaran
2. Sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menerima tanggungjawab
3. Menegakkan perkara hak walau berhadapan risiko perjuangan.
4. Mementingkan semangat pasukan berbanding kepentingan peribadi.
5. Memiliki kekuatan peribadi dan sentiasa istiqamah.
6. Menggunakan sepenuhnya ilmu dengan kematangan tinggi dalam berfikir.
7. Bersaing secara sihat dalam ketengahkan idea kreatif.
8. Bijak mempertahankan pasukan ketika diserang dan membantu semasa menyerang.
9. Menunjukkan kepentingan dalam pasukan dan elak dedahkan kelemahan yang merugikan.
10. Mempunyai sensitiviti tinggi terutama terhadap perkara yang libatkan maruah Islam.



19 September 2010-Detik bersejarah sempat dirakamkan ketika menghadiahkan sehelai t-shirt kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Nizar Jamaluddin di Sambutan Eidulfitri dan Rumah terbuka PAS Kawasan Bukit Gantang di perkarangan Pusat Khidmat DUN Trong. Kami diperkenalkan kepada umum dan seterusnya Sidang Senduk dilancarkan penjenamaannya secara tidak rasmi .

Saturday, September 18, 2010

HANTU RAYA

Sebulan Ramadan umat Islam lega. Setan kena gari sebagaimana Riwayat popular Bukhari dan Muslim

Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda :
“Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.”

Ni la peluang puak-puak setan ni mintak 'cuti' kat muslim terutama yang tergila-gilakan dia untuk 'rehat' sebulan dari program kesesatan. Pulun la semua orang buat amal ibadat tanpa gangguan.


1Syawal bukan saja dinantikan semua orang. Setan pun tunggu. lagi hebat pesta raya yang dirai mereka. 'Start' Eidulfitri yang pertama semua saluran TV utama hidangkan pelbagai genre untuk raikan setan-setan ni. Apa rasionalnya tayangan berunsur tahyul lagi syirik ni. Adakah hari raya yang merupakan sambutan kemenangan umat Islam ditukar ke hari setan-setan menyambut hari bebasnya mereka dari belenggu?

Terselamat dari iklan tahyul terbitan TV3, ter selam umat Islam dengan propaganda zionis. Mana nak sorok berguni rancangan hiburan tersiar di TV. Lalai umat Islam dari amalan kunjung-mengunjung. Boleh berkunjung pun, selain kuih raya, tetamu tak terlepas mata dari budaya hedonisme. Setan dengan usahasama zionis dalam liganya tak akan berhenti sesatkan umat Islam yang berterusan hidup dalam ketakutan.




Maksud Firman Allah
"Sesungguhnya kamu ( Iblis ) diberi tangguh untuk mengganggu anak Adam sehingga hari Kiamat" - Surah Sad : 81


Rasulullah SAW juga bersabda
"Jin ada tiga golongan..bersayap dan mampu terbang diudara, melata seperti ular dan sebagainya dan berwajah cantik dan mengilai." - Riwayat Hakim bersanad sahih.

SABRA SHATILA : 1MALAYSIA PEDULIKAN

Sabra Shatila yang Rakyat Malaysia hampir lupa.

Peristiwa pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila dari 16 hingga 18 September 1982 tidak mungkin terpadam daripada sejarah kemanusiaan, walaupun media arus perdana seakan-akan tidak pernah tahu tentang hakikat peristiwa tragis itu.

Serangan dan pembunuhan di Sabra dan Shatila itu merupakan salah satu daripada rentetan sikap keji yang dilakukan oleh rejim pengganas Zionis Israel atas arahan secara langsung oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Ariel Sharon. Sharon menggunakan taktik jahat dan hina dengan mengambil kesempatan daripada krisis militia Palangist Kristian di Lubnan bagi menghancurkan rakyat Palestin yang terpaksa menumpang hidup di kem-kem pelarian berkenaan.

Batalion Palangist ini menyerang, menyiksa dan membunuh secara kejam wanita, anak-anak dan warga tua sementara tentera Zionis yang mengawal perimiter kem-kem tersebut membiarkan sahaja keganasan itu berlaku dan menghalang pihak luar daripada memasuki kawasan.

Serangan brutal dan tragis selama 3 hari itu telah mengorbankan seramai 3,500 pelarian Palestin. Ramai lagi dilaporkan hilang dan terkubur di bawah runtuhan bangunan. Ratusan mangsa serangan yang masih hidup telah dibawa menaiki trak menuju ke tempat misteri, yang sehingga ke hari ini tidak diketahui nasib mereka.

Bukan sahaja tentera Zionis tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang serangan dan pembunuhan, malahan mereka membantu puak militia Palangist dengan tembakan-tembakan cahaya ke udara supaya pembunuhan dapat diteruskan pada waktu malam.

Siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Kahan di bawah arahan pemerintah rejim Zionis pada bulan Februari 1983 memutuskan bahawa Sharon telah bersalah secara langsung kerana membenarkan puak Palangist masuk ke kem-kem tersebut dan seterusnya gagal menghalang pembunuhan ribuan orang awam. Tentera Sharon juga membekalkan senjata dan peralatan kepada Palangist dan menyediakan pengangkutan untuk membawa masuk militia.

Walaupun sikap keji Zionis ini mendapat kutukan dunia, termasuk negara-negara Barat sendiri, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga Majlis Keselamatan PBB terus menunjukkan sikap dingin terhadap desakan supaya menghukum mereka yang ternyata bersalah.

PBB mengutuk tindakan zalim Zionis ini melalui Resolusi 521 (19 September 1982,) namun tidak pernah ada sebarang hukuman dikenakan terhadap Sharon, pemerintah mahupun tentera Zionis. Malahan ramai daripada keluarga mangsa-mangsa pembunuhan itu terpaksa membuat dakwaan secara sendirian ke atas Sharon.

Pada bulan Februari 2003, Mahkamah Tinggi Belgium memutuskan untuk membicara kes jenayah perang ke atas Sharon, tetapi Israel menuduh tindakan tersebut sebagai berbau politik. Pada bulan September 2003, memandangkan tidak seorangpun daripada mereka yang membuat dakwaan ke atas Sharon berbangsa Belgium, Mahkamah Tinggi Belgium terpaksa menggugurkan kes ini.

Mereka yang bersalah terus bebas dan merencana kezaliman demi kezaliman ke atas kemanusiaan, khususnya ke atas rakyat Palestin. (mn/Maan)


Ihsan HarakahDaily..

Tuesday, September 7, 2010

ERTI KEPADA SYAWAL


Umat Islam bertuah dapat mengecapi nikmat Islam hari ni. Rasulullah dan sahabat membayar harga cukup mahal untuk melihat Islam selesa diamalkan mutakhir ini. Projek mega yang dilaksana Nabi Muhammad SAW memberi kesinambungan kepada dunia Islam.
Bermula secara sembunyi, kemudian diisytihar terang-terangan dan sehingga wujudnya projek masyhur seumpama Al Badar, Al Ahzab dan Fathi Mekah. Ramadan bersaksi projek-projek ini memberi impak yang cukup kuat kepada posisi umat Islam sehingga kini. Begitu kuat tarbiyah Ramadan mengikat Rasulullah SAW dan sahabat waktu ini. Apa saja sentimen keluarga dikesamping kepentingannya semata-mata untuk melihat daulah Islam tertegak.

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu Agama kamu…” Al-Maidah : Ayat 3


Kami warga Sidang Senduk mengharapkan segala usaha kami sepanjang Ramadan dapat dipanjangkan penghargaannya kepada perjuangan Rasulullah SAW dan sahabat.

Mulanya Ramadan kami dengan projek menurap jalan yang berlangsung menjelang tengah malam. Beberapa kerat kudrat ahli dikerahkan untuk merealisasikan hasrat kariah mempunyai kemudahan jalan yang lebih selesa terlaksana.

Kami menjamu kariah kampung dengan nasi talam dan kurma daging pada majlis berbuka dan kemudian menyambung tarbiyah kami dengan program qiamulail pada Ramadan ke 20. Walau hujan sepanjang malam, 2 saf jemaah yang hadir membuktikan program kami mencapai KPI yang ditetapkan.

Seterusnya beberapa pemuda kami dengan 3 biji mesin rumput bergalas mengusahakan pembersihan bahu jalan sehingga tengahari 25 Ramadan.

Dengan sedikit pengorbanan, kami berharap kemenangan hebat terdahulu dapat dinikmati bersama dengan penuh kegembiraan.
Seharus pujian dan penghargaan diberikan kepada Rasulullah SAW dan sahabat diatas ehsan budi baginda melalui nilai takbir dan tahmid. Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamdu...
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah berbondong-bondong. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia Maha Menerima taubat"..An-Nasr : Ayat 1-3.

BERAKHIRNYA DRAMA RAMADAN

Akhir Syaaban iaitu sebelum jelangnya Ramadan berjela-jela niat kita untuk hambakan diri kepada Allah. Hari-hari Ramadan bagi kita begitu singkat untuk mengisi kesemua cita-cita ibadat tadi. Niat tadi seolah-olah seorang kaya baru yang terserempak berketul-ketul emas dan sudah tahu dimana kesesuaian untuk laburkan hartanya.
“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Makin kuat cita-citanya bila mengetahui setan tidak akan mengganggu.

Bila menjelang sahaja fajar Ramadan nafsu mula ambil peranan syaitan. Mula mengganggu permulaan semangat. Perut mula meminta-minta untuk memuaskan nafsunya. Walaupun tidak menyentuh saat sehingga matahari terbenam tapi nafsu meminta agar dilunaskan laparnya ketika azan Maghrib berkumandang.Episod ini disambung kesinambungannya sehingga pertengahan Ramadan. Sampai begitu sibuknya sehingga lupa impian asal. Sesetengahnya mula mengubah objektif asal ke 15 terakhir atau cukup 10 malam terakhir untuk menggandakan amalan seterusnya mencari sinar Lailatul Qadar.

Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Carilah lailatul qadr pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan”. (HR. Bukhari, Muslim)

Apabila tercecahnya akhir 10 Ramadan maka aura Syawal mengambil alih tugas menggoyang nafsu. Dengan sokongan media arus perdana, ruang untuk amal mula tertutup bukunya satu mukasurat ke mukasurat.
Zikir berganti dengan kira keping RM. Solat jemaah diganti dengan solat diakhir waktu. Pelbagai pembaziran di 'sedekah' kepada kapitalis yang sememangnya pakar dalam mengaut untung. Lebih 'hebat' , ada yang meletakkan fitnah sebagai zikir lazim Ramadannya dengan suasana yang lebih subur berbanding bulan lain..wal'iyazubillah..Menjelang Syawal, apa yang tinggal hanyalah azam yang di 'renew' setiap Ramadan.
Pulangan apa yang hendak dinikmati di Eidulfitri jika pelaburannya sasar.

Adakah kita menghitung nasib Ramadan kita akan datang..

SATU PENDEDAHAN : MUSA HASSAN

Musa Hasan dedahkan dia tidak mengetahui penamatan kontraknya sehingga lah di sidang media. Dia juga memberitahu selama ini tugasnya diganggu campur tangan pihak ketiga yang tidak disebut olehnya. KDN di sebut-sebut penggosip-penggosip berita sebagai punca campur tangan.

Pendedahan tersebut bermakna Musa selama ini telah hanya dijadikan kambing hitam sahaja oleh pihak ketiga/ third party. Rupanya pencarian segala anak kambing hitam yang comel-comel berakhir dengan wujudnya pendedahan eksklusif ini. Sebelum ini anak-anak kambing tadi terpaksa menghitamkan bulu romanya semata-mata untuk mencari genetik bapanya. Dan kebijaksanaan mereka berhasil.

Tidak sia-sia usaha keras mereka sebelum ini. Gereja, enjin jet, trajedi Puncak Alam dan banyak lagi adalah part time biasa puak-puak ni.
Kini, anak-anak kambing ini telah mempunyai tempat bernaung. Sungguh bermakna Eidulfitri tahun ini buat mereka.