VOCALIST

Wednesday, December 30, 2009

AKHIRNYA EPISOD 2009

Akhirnya berpindah jugak kami anak-beranak ke kampung halaman..

Akhirnya jatuh juga pemerintahan PAKATAN RAKYAT di Perak setelah bersilat selama 11 bulan..

Akhirnya Bukit Gantang menceritakan apa sebenarnya yang Hak dan Batil di Perak

Akhirnya rakyat bangkit selama 7 pilihanraya kecil untuk mendedahkan kebodohan UMNO..

Akhirnya peminat kena terima jugak walaupun tak redho Jacko kena makan tanah tido tanah..

Akhirnya Alhamdulillah usaha menambah waris di kabulkanNya..

Akhirnya aku menggantikan kereta dulu dengan kereta sekarang..

Akhirnya Undang-undang dilakonkan dalam kotak penalti..Preeeet..

Akhirnya Martabat Ulama dipermain bagai geng anda di sekolah rendah dulu..

Akhirnya Perak terpaksa tunggu sampai tahun depan MB YANG SAH..abih yang ada ni apa?

Akhirnya Minyak Malaysia di bahagi & tolak sama geng,rakyat hanya dapat percuma jadi Racer..

Akhirnya aku terpaksa redho untuk menjadi pesalah lalulintas..
...hahaha..Akhirnya Drama dan aksi dalam Episod 2009..

Tuesday, December 29, 2009

ROCK 'OFF 2009


Dok tengok best ja tak seronok jugak..ni pulak yang tak rock 2009 nya terkesan pada diri aku

ROCK 'OFF 2009

1. Apa lagi kalau yang pindahnya aku sorang ja..orang rumah dok kalut dengan anak kat KL pastu tumpang pulak rumah kakak aku..bayangkan apa yang kami tanggung masa tu..tapi mungkin ada orang lagi teruk dari kami kot..
2. Pemerintahan Pas Dirampas oleh perompak yang perangai huduh ni..aku tak boleh nak komen la pasal rompakan nekad ni..sangat-sangat emosional..
3. YB Bukit Gantang Allahyarham Roslan Shaharum kembali ke Rahmatullah..Alfatihah..Sebenarnya Yb ni menyewa rumah aku kat Changkat Jering tu dan kebetulan masa aku dok berkemas nak pindah balik kampung tu abang aku call kata YB dah tak dak..perasaan pun dah jadi rojak dah..
4. Kesabaran aku diuji lagi dengan Anak aku yang dok sakit mulut tak hilang dok merebak keliling mulut dia..malam tak lena la kami dua orang..manala pernah jadi lagi pengalaman camni pasal anak aku selalu dia cool ja..teringat pulak kat kak aku punya anak sulung punya keriau masa kecik-kecik dulu dulu..
5. Saman ops SIKAP..nak pegi bayar satu saman sudahnya habis dekat RM 1K..Lari lebih 20km (had 60KM) ja pun hangpa nak kira..tak puas hati aku..dah tu terlanggar kereta jiran sebelah rumah pulak dengan kereta aku pun tersagat sekali..double trouble la apalagi..
6. PM Najib Dapat bertahan jugak untuk tahun ni..walaupun aku tau dok tak senang tu laki bini..

ROCK 'ON 2009



Semua orang dok sibuk dengan dan macam-macam lagi yang best dan tak best. ni aku pun nak list jugak apa yang rock nya tahun 2009 ni
ikut kronologi..
ROCK 'ON 2009
1. Dapat transfer balik kampung tercintala.. walaupun terencat dalam 2 minggu jugak sebelum berangkut, tanggal 10.3.2009 aku klimak jugak akhirnya. Penah gagal kali pertama bila dapat berpasang dengan gadis Johor..haha..Apabenda prospek aku selama 8 tahun ( tak masuk study la..) pun aku blur..tapi berkawan, berhibur memang A class la..Bon Voyage KL..
2. Dan pulak sebelum pindah tu aku trade-in Wira AB aku (KERETA KONTINJEN orang dok panggil keta aku kenangkan jasa dia dan memacam ada kat boot tu..) dengan toyota yang sekarang dok kuda hari-hari..bukan apa,.. MB pakai..rakyat kena follow la..
3. Dok sat kat kampung masa kat rumah mak aku la tup..tup..Pilihanraya Kecil Bukit Gantang tengah dok bertendang..tak peduli apadah pulun la bertugas siang malam..eh malam ja, siang keja..hasilnya apalagi kemenangan rakyatla..takbir,tahniah Ir Nizar..
4. Mem pun ikut dapat tukar jugak sebulan lepas tu..dok sekali, tak payah berulang lagi KL..KL,KL..tipu manyak la KL, jenaka Pun banyak..
5. Dari Alor Pongsu ke Trong..Masa MEM dapat tukar, terus DEPA tendang ke Alor Pongsu nun..Masa ni dia letih, aku pun kalut serabut..tahniah lagi kepada kesayanganku pasal dapat sabar survive kat sana 6 bulan..la ni kat Trong ja..lega..
6. Sekali tu waktu petang TV3 umum Ir Nizar dapat kekalkan jawatan MB..seronok tak terkira la..padan muka puak-puak UMNO ni..tetap seronok walaupun tak lama..jadila..

Sunday, December 20, 2009

BATU 8 FUTSAL TEAM (FUND & FIGHT)


Pasukan futsal Batu 8 (pakndak team) telah ditubuhkan beberapa bulan yang lalu bagi menyahut cita-cita beberapa orang anak muda untuk mengembalikan kegemilangan bolasepak Batu 8 satu ketika dulu.Pasukan ini telah memasuki beberapa siri pertandingan bertaraf tempatan seperti pencapaian juara Futsal DUN Kuala Sepetang dan Peringkat Suku akhir Liga Futsal Bukit Gantang. Rata-rata pemain adalah dari kalangan anak jati Batu 8 sendiri yang mempunyai daya saing yang tinggi dalam sukan. Selain dari menyertai pertandingan anjuran tempatan pasukan ini juga sedang giat mengadakan perlawanan persahabatan hampir setiap minggu kebanyakannya bertempat di gelanggang futsal di Kelab Sukan Bukit Gantang. Bagi mereka yang berhajat untuk mengadakan perlawanan dengan pasukan ini boleh menghubungi pasukan ini secara langsung. kami juga mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan daripada sesiapa sahaja yang berminat untuk melihat kejayaan pasukan ini pada masa akan datang..maju bola untuk Batu 8..berminat??ada berani?haha..apa lagi..
Boleh bermain Dan Juga menghibur anda

Sila Hubungi:
Amin-0175973423
Pakndak-0124585273

Monday, December 14, 2009

STERENG MAHAL F1

huhh...tingginya...


apa nikmatla yg kami dapat...nak pegi stadium F1 nun tak merasala, kalau tiket beratus...kalau nak tengok pun kot kerja jadi tukang kutip botol mineral ka..sudahla,megahla dengan duit petronas tu..kami kat sini nk beli minyak tanah pun tak mampu..DSAI kata duit petronas pun dah nak clear di sapu dek geng-geng hangpa..sebelum duit petronas tu nak setel jangan lupa beli kain tudung kat isteri-isteri menteri..jangan beli di terengganu, depa tak jual kain,minyak ja..beli ja dekat tokei kain kapan..

Sunday, December 6, 2009

NILAI-NILAI KEPIMPINAN ISLAM

“Semulia-mulia pemimpin ialah mempunyai adab pekerti yg tinggi ketika berada pada kedudukan tinggi, pemaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika memiliki segala kekuatan” petikan kata Khalifah Abdul Malik Bin Marwan
Khalifah Abdul Malik bin Marwan dilahirkan pada tahun 26 Hijrah (646 Masihi). Ibunya bernama Aisya bt. Mu'awiyah b. al-Mughira.
Ketika beliau berusia 16 tahun, Abdul Malik b. Marwan telah mengetuai pasukan tentera Madinah melawan Byzantine ketika pemerintahan Mu'awiyah.
Beliau adalah khalifah Bani Umayyah yang kelima yang memerintah dari tahun 65 Hijrah - 86 Hijrah (685 - 705 Masihi).Khalifah Abdul Malik b. Marwan sempat melakukan pembaharuan seperti mengeluarkan matawang mas, mengumpul kembali Mushaf Uthman, dan lain-lain. Pada akhir hayatnya, Abdul Malik b. Marwan berhasrat melantik anaknya Al-Walid bin Abdul Malik sebagai Khalifah. Pada zamannya juga Qubbat As-Sakhrah telah dibina di Baitulmuqaddis.
Tidak diketahui apakah yang menyebabkan Khalifah Abdul Malik bin Marwan menyebut tiga perkara ini. Dan, yang paling penting, kepada siapakah ia ditujukan?

Merendah diri pada kedudukan tinggi


Mari kita teliti bersama. Pada ketika seseorang penguasa itu berada pada kedudukan yang sangat tinggi, mudahkah dia merendah diri?
Mungkin ada yang masih dapat merendah diri, tapi berapa ramai penguasa yang boleh dengar pandangan orang ketika mereka sudah berada di puncak kekuasaan? Rata-rata, mereka melihat pandangan orang bawahan itu bagaikan sampah.
Aksi drama lakonan pemimpin ketika turun padang, beramah mesra dan berjabat tangan dengan yang dipimpin masih belum menunjukkan mereka merendah diri.
Merendah diri itu bukanlah dengan jalan tunduk, terbongkok-bongkok di hadapan tetamu, bersuara lembut dan lunak kepada khalayak. Tetapi, ia dinilai dalam mesyuarat dan syura antara komuniti masyarakatnya. Adakah mereka boleh dengar pendapat bawahan?
Jadi, jalan turun padang, bersalaman dengan orang-ramai seperti yang ditunjukkan dalam tv itu bukan kayu ukur yang kuat, untuk mengesahkan sikap, perbuatan merendah diri.

Memaafkan musuh ketika berdaya membalas


Sikap kedua ialah, memaafkan musuh ketika berkuasa. Jika hal ini terlaksana, rakyat kita pasti bertambah lega dan aman. Ketika ini wujud kecenderungan di pihak penguasa untuk menghukum rakyat apabila mereka terpilih.
Dalam mana-mana keadaan, kita dapat melihat bahawa kebanyakan penguasa berdendam dan dengan sebab itulah rakyat pun berdendam.
Tidak dapat tidak, kita mesti mengakui bahawa sahabat-sahabat Nabi lah antara yang amat baik dijadikan contoh teladan dalam hal ini. Saidina Ali r.a misalnya pernah dalam suatu peperangan, beliau hampir membunuh seorang Yahudi.Demi melihat Yahudi itu meludah ke arah wajahnya, maka Ali r.a tak jadi membunuh. Maka hal itu tentu sahaja membenihkan pertanyaan dalam dadanya.
"Apa yang menyebabkan engkau tidak jadi membunuhku?" tanya lelaki itu.
Maka, jawab Ali r.a, "Kami diperintahkan berperang di jalan Allah. Tapi, saat kau meludahi wajahku, aku khuatir membunuhmu kerana dendam dan bukan kerana Allah."
Terpesona dengan perawakan dan kejernihan hati si sahabat yang dibina peribadinya oleh madrasah Rasulullah itu, maka si Yahudi pun mula lembut hatinya memeluk Islam.
Sebelum dilantik sebagai khalifah, Sayyidina Ali k.w telah menunjukkan sifat mulia, iaitu memaafkan musuhnya ketika beliau terdaya membalasnya.
Ternyata, ada riwayat gelap dalam sejarah Islam menjelang berlakunya bertukaran antara Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah. Habis kawasan perkuburan khalifah-khalifah Bani Umaiyyah dimusnahkan setelah Bani Abbasiyyah berkuasa.
Antara yang terselamat dalam gempuran itu ialah kubur Umar Abdul Aziz. Oleh kerana pemerintahannya adil, maka golongan Abbasiah menghormatinya selepas kematiannya. Ternyata, ketika berkuasa memang sulit menahan diri daripada membalas dendam.

Bersikap adil ketika kuat

Sikap ketiga ialah adil ketika ada kuasa, pengaruh dan segala-galanya dalam menjalankan pemerintahan. Sikap Umar Abdul Aziz yang begitu ‘detail’ mengenai keadilan dan sentiasa berpesan kepada kebenaran terutama pada anaknya sangat dimuliakan
Begitupun kita tak perlu meninjau sikap para pemimpin terdahulu untuk bermuhasabah, cukup melalui apa sahaja contoh yang terbentang di depan mata kita. Kita tidak perlu beramal dengan isi al-Qur'an secara keseluruhan untuk menjadi pemimpin yang terbaik. Cukup dengan cara melihat apakah kita mampu melaksanakan pesan Abdul Malik bin Marwan itu?

Wednesday, December 2, 2009

GAZA YANG AKU TAU

GAZA TU DISISI
GAZA tak perlu pengaman
Kita dengki, iri tak habis..
Aman disebalik timpa runtuh bangunan
Kita yang huru hara beri bantuan.
Kita songsang, berlagak samseng..
GAZA tak akan bantu kita..
Selera perut isi peluru.
GAZA dapat.
Senang penguasa mereka.
Rakyat payah kenyang sendiri..
Kita celik susah..
GAZA celik mudah..
Janji Allah Yang Pasti.

Tuesday, November 24, 2009

KAPOK AKUSTIKA II

JEJAK BOLA EN. GERRARD II

Saya baru saja menerima jemputan dari Kelab Sukan HKL untuk menyertai liga piala Pengarah HKL untuk sessi 2007/2008.PDN tidak gagal menyertai kejohanan liga Pengarah HKL (Cuma pada sesi 2006/2007 saja dikonspirasikan oleh penganjur penyertaan kita walaupun dah ke semi-final kejohanan) dan PDN antara satu pasukan elit untuk liga berprestij setahun sekali tersebut. Hati saya selalu memikirkan bagaimana untuk membentuk satu pasukan bolasepak PDN yang mantap bagi mencabar kejuaraan Liga Pengarah HKL pada sesi 2007/2008 atau sekurang-kurangnya naib juara (menyamai sessi 2004/2005). Dengan 50 peratus staf lelaki terlibat dengan unit bergerak,pencarian bakat hanya tertumpu kepada baki yang ada dan peratusan dikecilkan lagi dengan sebilangan lagi bekerja melangkau waktu perdana riadah sekitar pukul 5 pm hingga 7 pm. Dan tidak hairanla jika fenomena meminjam pemain pasukan lawan sering berlaku pada setiap perlawanan persahabatan membabitkan PDN. Perkara seperti ini tidak sepatut berlaku kepada pasukan berstatus elit dan saya yakin terdapat ramai lagi pemain galacticos yang kecewa kerana tak dapat menggilap bakat mereka. Namun begitu aksi futsal setiap malam Isnin boleh menjadi medium bagi mengasah bakat mereka.

Dok bersembang tentang futsal, saya mengucapkan tahniah kepada En Mahizi dan suruhanjaya kelab Monday Futsal yang lain kerana bertungkus lumus menjayakan kejohanan futsal buat kali yang kedua di IFC Setapak baru-baru ini. Setelah mesyuarat organisasi kali yang pertama tertangguh sehingga 2 bulan, organisasi terpanggil untuk mengadakan mesyuarat untuk kali yang kedua seterusnya berjaya melangsungkan kejohanan dalam masa tidak sampai 2 minggu selepas tarikh meeting kedua. Bagi kejohanan Futsal yang merupakan sukan dimana fenomenanya paling ditunggu oleh setiap warganegara PDN ini, kami terdesak untuk melakukan sedikit kelainan sekurang-kurangnya untuk membangkitkan motivasi dan excited staf terhadap riadah disebalik kesibukan bekerja.

Bagi kejohanan futsal kali ini jawatankuasa bersetuju untuk menyediakan pakej istimewa untuk peserta. Syiokla masing-masing bila diberi sehelai t-shirt percuma setiap seorang. Semua peserta juga berpeluang merebut medal dan piala pusingan untuk tempat pertama kejohanan sebagai buah tangan istimewa yang mesti dibawa pulang. Pihak jawatankuasa mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Timbalan Pengarah Dr Norhanim atas sumbangan piala pusingan beliau. Bayangkan masa sesingkat 2 minggu kami perlu mengerah jentera persiapan untuk menjayakan kejohanan tersebut.

Tindakbalas luar biasa yang ditunjukkan peserta sebelum berlangsung kejohanan amat mengejutkan dengan berbagai persediaan dilakukan oleh pasukan masing-masing. Team Admin All Star diketuai En Ramadan misalnya telah merahsiakan latihan intensif mereka bagi menyembunyikan formasi strategi pasukan mereka. Wakil wanita sebelah atas (Dragon Fly) pula sibuk menanyakan saya bagaimana untuk menyusun posisi pasukan mereka. Masing-masing sibuk memikirkan kostum menjelang kejohanan. Mengekalkan kejuaraan adalah lebih sukar dari mendapatkannya, begitulah keadaannya lebih-lebih lagi memikirkan pasukan Kuntum yang rata-rata bersaiz omputih (sori kak Nang dan geng). Sehari sebelum kejohanan Dr Farah meregisterkan team anak-anaknya sebagai pelengkap kepada penyertaan untuk kejohanan. Persediaan pre-kejohanan sebegini mirip peserta rancangan realiti TV Akademi Fantasia baru mendapat lagu baru untuk dipersembahkan pada konsert mingguan mereka.

Berbekalkan sarapan bihun ihsan dari Kelab kebajikan & Riadah, berbagai-bagai genre aksi dan drama (daripada komedi romantic kasar sampai ke drama lawak lasak-genre baru) yang terhidang di gelanggang IFC setapak, baik peserta lelaki maupun pompuan dan tidak terlepas juga aksi peserta di luar gelanggang. Peserta terbaring, muntah-muntah dan macam-macam lagi (dah macam slot Fear Factor la). Walaupun masa perlawanan yang diberikan sekitar 10 minit tetapi keletihannya dah macam lari 4 jam tak berenti. Saya yang turun seminggu sekali pun turut merasa kepenatan yang teramat sangat ditambah pulak pasukan kami Sayap Atas yang tidak mempunyai seorang pun pemain simpanan. Bagaimanapun pertembungan antara Degawan dan Admin All Star memberi satu hiburan tambahan dimana aksi lagi ngeri extreme yang ditunjukkan oleh En Ramadan apabila menyelamatkan pintu gol dari dibolos.

Walaupun juara kejohanan kategori lelaki telah diserahkan kepada pihak bukan dari kalangan staf PDN ( Radicare memenangi piala pusingan lelaki setelah jawatankuasa kejohanan memutuskan Dr Farah FC tidak layak untuk menerima piala pusingan walaupun bergelar juara dan Kuntum bergelar juara kategori wanita).

Pihak penganjur berhak merasa gembira apabila kejohanan berlangsung dalam suasana penuh meriah dan disertai hampir semua staf di setiap unit. Penganjur sedikit kecewa apabila tidak menerima penyertaan daripada unit Pendermaan yang mempunyai lebih kurang 70 orang staff apabila terlibat dengan beberapa mobil dan mengharapkan penyertaan mereka di masa akan datang.

Banyak faedah yang boleh diterima dari sesi riadah seumpama futsal ini selain merebut piala pusingan diantaranya dapat menyuntik motivasi dikalangan pekerja untuk cenderung kepada gejala-gejala yang lebih sihat dan berfaedah, merapatkan silaturrahim antara staf, melepaskan atau mengurangkan tension bekerja disamping meneruskan misi mencari bakat terpendam. Kejohanan-kejohanan seperti ini seolah-olah satu kursus team building untuk warganegara PDN apabila berbagai elemen sihat tercetus disini.

KAPOK AKUSTIKA I

JEJAK BOLA BERSAMA SAUDARA GERARD

“Aku pegi dengan member-member aku,Hasan..aku nak tengok Reza,Kiran. Aku nak tangkap gambar diaorang tu tapi dari jauhla..bestnya...”

”Aku nak ajak abang aku pegila, hang bagitau je tempat tu, aku pegi..”

”Aku pegi dengan keta jela d

ari umah..tapi aku pegi jangan risau..”

Begitulah respon beberapa staff yang saya dengar apabila diberitahu pasukan futsal PDN hendak berentap dengan ERA FC di Rio De Futsal,USJ..

18.7.07 RABU 7.20PM

Ketika hujan seakan-akan tidak mahu berhenti saya mengetuai kontijen futsal kami bergegas keluar dari jajahan PDN.umpama satu misi besar yang perlu dihadapi, 6 buah kereta bergerak sehaluan didahului kereta cap ayam saya kemudian Ferio milik Wan Mohd Nazir (Reinazir),VIVA(kipas susah mati ni),Satria dan Wira-AB En Azman(ketua pemandu pun duduk belakang). En Mahizi selaku pemain (sedaq demo chik) dan ketua kontijen yang dilantik tidak turut disebabkan masalah (systemic error) yang tak dapat dielakkan jadi En Suhairul diamanahkan sebagai penunjuk arah gantian.

kontijen kami menyusuri jalan Tun Razak terus menuju ke Lebuhraya NPE. Ketika haluan kami seakan-akan sekata dan sejiwa, kira-kira 5KM selepas tol masuk NPE semua anggota kontijen seolah-olah terpaksa berpecah disebalik kesamaran hujan dan kenderaan yang lebih kurang sama sesaknya.”ada keta J kat belakang?”ala..takyah risaula..V-TECH dua kali bukak sampaila tu”celah En Herman bersungguh.”habisla..dah tak nampak semua orang”saya pun tak dapat menafsir jalan yang telah ditempuhi.apa yang saya tau hampir RM10 didermakan kepada pihak tol dan semuanya daripada En Suhairul,terima kasih

kereta pacuan saya telah mendahului ketibaan ke destinasi Rio De Futsal akhirnya.”woi!Dr Hanim dah kat padang la, dia cari korang,dah sampai belum?En Daud Tiba-tiba menghubungi saya melalui telefon.

Saya terus menyapa Dr Hanim ( Timbalan Pengarah) dan memperkenalkan pasukan PDN kepada Kieran(pagi di ERA).kami pun terus bersiap dengan segera untuk memulakan perlawanan.Pemain yang menumpang Ferio dah sampai”hangpa tinggal kami, laju,tak nampak”

18.7.07 RABU 8.20PM

WIRA SKUAD PDN

MAHIZI GOLI UTAMA

ZUHAIREY PERTAHANAN/PENYERANG SIMPANAN

MAT PI PERTAHANAN FULL TIME

WAN NAZIR GOLI SIMPANAN KE-3 (DULU GOLI UTAMA)

ACAI MESI PENYERANG SEUMUR HIDUP

AZMAN PEMAIN AREA TEPI-TEPI JE

HERMAN PEMBUAT BOLA,IMPORT HKL B

WAN CHULIA PENGACAU GOLI LAWAN

TERMIZI PENGANCAM KAKI LAWAN

SUHAIRUL PENYERANG KEMPUNAN JARINGAN

MAT JU PENYERANG IMPORT HKL B

PANJANG IMPORT HKL

AFENDI SAYAP KANAN/KIRI SERBA BOLEH

AZIZAN PAKAR REMBAT KE TIANG

ADAI PERTAHANAN/GOLI KEDUA

ROSMAN IMPORT SELAYANG

HASAN PEMAIN SERBA BOLEH TAHAN

Dengan menggunakan papan masa digital,perlawanan dibahagikan kepada 5 separuh masa dimana setiap separuh masa dikira selama 20 minit.pada separuh masa yang pertama PDN garang mendahului ERA dengan 5 goal berbalas 1”China lawan Malaysia ke..”kedengaran suara kieran di luar gelanggang.

Dengan jersi kebanggaan berwarna merah (Piala Pengarah dalam sejarah)kami bermain seperti apa yang diterapkan ketika latihan mingguan di IFC Setapak Futsal. Oleh kerana terlalu banyak goal yang dijaringkan, saya tak dapat meneliti butir jaringan yang tercipta oleh kedua-dua pasukan. Lagipun seluar pendek saya terkena chewing gum dan saya asyik menghabiskan masa untuk membuang sisa tersebut.”moral tak elok ni”

Lebih kurang jam 10 malam, perlawanan pun tamat. apa yang saya perhatikan di papan digital, PDN mendahului ERA dengan 18 gol berbalas 12.bergaya pasukan PDN walaupun saya hanya berjaya menjaringkan 1 gol dari jarak dekat. Selepas bergambar,penyampaian cenderamata dari PDN dan melihat pasukan ERA meraikan kekalahan mereka dengan berkenduri rambutan, kami pun berkemas untuk balik. Saya dan rakan-rakan sempat singgah makan sebelum tiba ke pangkuan PDN kira-kira jam 11.45PM. saya dapat rasakan mengharungi kesesakan kota metro lebih nilai kepenatannya dari bertarung di gelanggang Futsal.