VOCALIST

Tuesday, November 24, 2009

KAPOK AKUSTIKA II

JEJAK BOLA EN. GERRARD II

Saya baru saja menerima jemputan dari Kelab Sukan HKL untuk menyertai liga piala Pengarah HKL untuk sessi 2007/2008.PDN tidak gagal menyertai kejohanan liga Pengarah HKL (Cuma pada sesi 2006/2007 saja dikonspirasikan oleh penganjur penyertaan kita walaupun dah ke semi-final kejohanan) dan PDN antara satu pasukan elit untuk liga berprestij setahun sekali tersebut. Hati saya selalu memikirkan bagaimana untuk membentuk satu pasukan bolasepak PDN yang mantap bagi mencabar kejuaraan Liga Pengarah HKL pada sesi 2007/2008 atau sekurang-kurangnya naib juara (menyamai sessi 2004/2005). Dengan 50 peratus staf lelaki terlibat dengan unit bergerak,pencarian bakat hanya tertumpu kepada baki yang ada dan peratusan dikecilkan lagi dengan sebilangan lagi bekerja melangkau waktu perdana riadah sekitar pukul 5 pm hingga 7 pm. Dan tidak hairanla jika fenomena meminjam pemain pasukan lawan sering berlaku pada setiap perlawanan persahabatan membabitkan PDN. Perkara seperti ini tidak sepatut berlaku kepada pasukan berstatus elit dan saya yakin terdapat ramai lagi pemain galacticos yang kecewa kerana tak dapat menggilap bakat mereka. Namun begitu aksi futsal setiap malam Isnin boleh menjadi medium bagi mengasah bakat mereka.

Dok bersembang tentang futsal, saya mengucapkan tahniah kepada En Mahizi dan suruhanjaya kelab Monday Futsal yang lain kerana bertungkus lumus menjayakan kejohanan futsal buat kali yang kedua di IFC Setapak baru-baru ini. Setelah mesyuarat organisasi kali yang pertama tertangguh sehingga 2 bulan, organisasi terpanggil untuk mengadakan mesyuarat untuk kali yang kedua seterusnya berjaya melangsungkan kejohanan dalam masa tidak sampai 2 minggu selepas tarikh meeting kedua. Bagi kejohanan Futsal yang merupakan sukan dimana fenomenanya paling ditunggu oleh setiap warganegara PDN ini, kami terdesak untuk melakukan sedikit kelainan sekurang-kurangnya untuk membangkitkan motivasi dan excited staf terhadap riadah disebalik kesibukan bekerja.

Bagi kejohanan futsal kali ini jawatankuasa bersetuju untuk menyediakan pakej istimewa untuk peserta. Syiokla masing-masing bila diberi sehelai t-shirt percuma setiap seorang. Semua peserta juga berpeluang merebut medal dan piala pusingan untuk tempat pertama kejohanan sebagai buah tangan istimewa yang mesti dibawa pulang. Pihak jawatankuasa mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Timbalan Pengarah Dr Norhanim atas sumbangan piala pusingan beliau. Bayangkan masa sesingkat 2 minggu kami perlu mengerah jentera persiapan untuk menjayakan kejohanan tersebut.

Tindakbalas luar biasa yang ditunjukkan peserta sebelum berlangsung kejohanan amat mengejutkan dengan berbagai persediaan dilakukan oleh pasukan masing-masing. Team Admin All Star diketuai En Ramadan misalnya telah merahsiakan latihan intensif mereka bagi menyembunyikan formasi strategi pasukan mereka. Wakil wanita sebelah atas (Dragon Fly) pula sibuk menanyakan saya bagaimana untuk menyusun posisi pasukan mereka. Masing-masing sibuk memikirkan kostum menjelang kejohanan. Mengekalkan kejuaraan adalah lebih sukar dari mendapatkannya, begitulah keadaannya lebih-lebih lagi memikirkan pasukan Kuntum yang rata-rata bersaiz omputih (sori kak Nang dan geng). Sehari sebelum kejohanan Dr Farah meregisterkan team anak-anaknya sebagai pelengkap kepada penyertaan untuk kejohanan. Persediaan pre-kejohanan sebegini mirip peserta rancangan realiti TV Akademi Fantasia baru mendapat lagu baru untuk dipersembahkan pada konsert mingguan mereka.

Berbekalkan sarapan bihun ihsan dari Kelab kebajikan & Riadah, berbagai-bagai genre aksi dan drama (daripada komedi romantic kasar sampai ke drama lawak lasak-genre baru) yang terhidang di gelanggang IFC setapak, baik peserta lelaki maupun pompuan dan tidak terlepas juga aksi peserta di luar gelanggang. Peserta terbaring, muntah-muntah dan macam-macam lagi (dah macam slot Fear Factor la). Walaupun masa perlawanan yang diberikan sekitar 10 minit tetapi keletihannya dah macam lari 4 jam tak berenti. Saya yang turun seminggu sekali pun turut merasa kepenatan yang teramat sangat ditambah pulak pasukan kami Sayap Atas yang tidak mempunyai seorang pun pemain simpanan. Bagaimanapun pertembungan antara Degawan dan Admin All Star memberi satu hiburan tambahan dimana aksi lagi ngeri extreme yang ditunjukkan oleh En Ramadan apabila menyelamatkan pintu gol dari dibolos.

Walaupun juara kejohanan kategori lelaki telah diserahkan kepada pihak bukan dari kalangan staf PDN ( Radicare memenangi piala pusingan lelaki setelah jawatankuasa kejohanan memutuskan Dr Farah FC tidak layak untuk menerima piala pusingan walaupun bergelar juara dan Kuntum bergelar juara kategori wanita).

Pihak penganjur berhak merasa gembira apabila kejohanan berlangsung dalam suasana penuh meriah dan disertai hampir semua staf di setiap unit. Penganjur sedikit kecewa apabila tidak menerima penyertaan daripada unit Pendermaan yang mempunyai lebih kurang 70 orang staff apabila terlibat dengan beberapa mobil dan mengharapkan penyertaan mereka di masa akan datang.

Banyak faedah yang boleh diterima dari sesi riadah seumpama futsal ini selain merebut piala pusingan diantaranya dapat menyuntik motivasi dikalangan pekerja untuk cenderung kepada gejala-gejala yang lebih sihat dan berfaedah, merapatkan silaturrahim antara staf, melepaskan atau mengurangkan tension bekerja disamping meneruskan misi mencari bakat terpendam. Kejohanan-kejohanan seperti ini seolah-olah satu kursus team building untuk warganegara PDN apabila berbagai elemen sihat tercetus disini.

1 comment:

  1. Tahun ni insya Allah PDN Fc akan masuk Piala Pengarah. Boleh like Fanpage kami Kelab Bola Sepak & Futsal Pusat Darah Negara untuk support kami. terima kasih atas usaha yg dibuat dizaman saudara.

    ReplyDelete