BENARKAH KITA BERJUANG?
Benarkah kita berjuang ? , kalau hanya mengisi borang dan mendaftar
diri sebagai anggota jamaah Islam tetapi gagal untuk komited [ iltizam ]
dengan segala aktiviti amal jamaei yang dianjurkan oleh jamaah . Kita
hanya mampu mentarbiyah tetapi tidak boleh ditarbiyah . Mampu mengarah
tetapi tidak boleh diarah . Mampu menegur tetapi tidak boleh ditegur .
Benarkah kita berjuang ? , dengan hanya semata - mata kerap menghadhiri
ceramah - ceramah umum tetapi liat untuk hadir dan menekuni program -
program khusus seperti usrah , liqa fikri , tamrin , mukhayyam dan
pelbagai aktiviti spiritual seperti qiamulail , al mathurat dan
zikrullah . Program ceramah dilihat lebih penting sebab kita dapat
publisiti sedang usrah ni hanya dihadhiri oleh 10 orang , tidak glamour
langsung !
Benarkah kita berjuang ? , apabila kita selalu
sahaja gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah digalaskan
ke atas pundak kita sebagai pimpinan jamaah walau dimana peringkat
posisi kepimpinan kita . Mesyuarat sering tidak hadhir dan kalau pun
hadhir hanya dengan kepala kosong . Lebih malang , ada mesyuarat dalam
mesyuarat dan ada mesyuarat selepas mesyuarat .
Benarkah kita
berjuang ? , wala' atau taat setia kita telah berbelah bahagi , bukan
lagi kepada pimpinan jamaah tetapi di sana ada individu berpengaruh dan
ia berada di luar jamaah yang sangat kita kagum karektornya . Sedang
pimpinan kita sendiri dilihat kolot dan tidak hebat . Kita tidak berdiri
teguh di belakang pimpinan kita sebaliknya kita teguh berdiri dan
menyokong pemimpin dari luar jamaah kita sendiri .
Benarkah
kita berjuang ? , ibadah kita kurang . Hubungan kita dengan Allah swt
jauh . Gagal solat berjamaah dan membaca al quran pada kekerapan yang
lebih berbanding orang awam . Kehalusan budi dan ketulusan hati tidak
kita dimiliki . Ucapan kita menampakkan kesombongan dan tindakan kita
tidak berhemah . Suka pandang rendah pada orang lain jauh sekali mahu
menghormati mereka .
Ya Allah ! benarkah kita ni berjuang ?
atau kita selama ini hanya bermain dan menambah beban dosa dalam
perjuangan buat diri kita sendiri .
Sahabat ku semua , marilah
kita bermuhasabah agar kita dekat dengan Allah swt dan kita segera
diberikan nusrahNya . Insyaallah , muhasabah ini akan memulihkan
hubungan kita yang retak , perjuangan kita yang tergugat , dan kedudukan
kita yang kian jauh dari Allah swt .
Selamat berjuang sahabat ku !
Muhasabah terbaik dari YB Nasrudin Hassan At Tantawi, Ketua Pemuda PAS Malaysia.
No comments:
Post a Comment