VOCALIST

Tuesday, November 24, 2009

KAPOK AKUSTIKA II

JEJAK BOLA EN. GERRARD II

Saya baru saja menerima jemputan dari Kelab Sukan HKL untuk menyertai liga piala Pengarah HKL untuk sessi 2007/2008.PDN tidak gagal menyertai kejohanan liga Pengarah HKL (Cuma pada sesi 2006/2007 saja dikonspirasikan oleh penganjur penyertaan kita walaupun dah ke semi-final kejohanan) dan PDN antara satu pasukan elit untuk liga berprestij setahun sekali tersebut. Hati saya selalu memikirkan bagaimana untuk membentuk satu pasukan bolasepak PDN yang mantap bagi mencabar kejuaraan Liga Pengarah HKL pada sesi 2007/2008 atau sekurang-kurangnya naib juara (menyamai sessi 2004/2005). Dengan 50 peratus staf lelaki terlibat dengan unit bergerak,pencarian bakat hanya tertumpu kepada baki yang ada dan peratusan dikecilkan lagi dengan sebilangan lagi bekerja melangkau waktu perdana riadah sekitar pukul 5 pm hingga 7 pm. Dan tidak hairanla jika fenomena meminjam pemain pasukan lawan sering berlaku pada setiap perlawanan persahabatan membabitkan PDN. Perkara seperti ini tidak sepatut berlaku kepada pasukan berstatus elit dan saya yakin terdapat ramai lagi pemain galacticos yang kecewa kerana tak dapat menggilap bakat mereka. Namun begitu aksi futsal setiap malam Isnin boleh menjadi medium bagi mengasah bakat mereka.

Dok bersembang tentang futsal, saya mengucapkan tahniah kepada En Mahizi dan suruhanjaya kelab Monday Futsal yang lain kerana bertungkus lumus menjayakan kejohanan futsal buat kali yang kedua di IFC Setapak baru-baru ini. Setelah mesyuarat organisasi kali yang pertama tertangguh sehingga 2 bulan, organisasi terpanggil untuk mengadakan mesyuarat untuk kali yang kedua seterusnya berjaya melangsungkan kejohanan dalam masa tidak sampai 2 minggu selepas tarikh meeting kedua. Bagi kejohanan Futsal yang merupakan sukan dimana fenomenanya paling ditunggu oleh setiap warganegara PDN ini, kami terdesak untuk melakukan sedikit kelainan sekurang-kurangnya untuk membangkitkan motivasi dan excited staf terhadap riadah disebalik kesibukan bekerja.

Bagi kejohanan futsal kali ini jawatankuasa bersetuju untuk menyediakan pakej istimewa untuk peserta. Syiokla masing-masing bila diberi sehelai t-shirt percuma setiap seorang. Semua peserta juga berpeluang merebut medal dan piala pusingan untuk tempat pertama kejohanan sebagai buah tangan istimewa yang mesti dibawa pulang. Pihak jawatankuasa mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Timbalan Pengarah Dr Norhanim atas sumbangan piala pusingan beliau. Bayangkan masa sesingkat 2 minggu kami perlu mengerah jentera persiapan untuk menjayakan kejohanan tersebut.

Tindakbalas luar biasa yang ditunjukkan peserta sebelum berlangsung kejohanan amat mengejutkan dengan berbagai persediaan dilakukan oleh pasukan masing-masing. Team Admin All Star diketuai En Ramadan misalnya telah merahsiakan latihan intensif mereka bagi menyembunyikan formasi strategi pasukan mereka. Wakil wanita sebelah atas (Dragon Fly) pula sibuk menanyakan saya bagaimana untuk menyusun posisi pasukan mereka. Masing-masing sibuk memikirkan kostum menjelang kejohanan. Mengekalkan kejuaraan adalah lebih sukar dari mendapatkannya, begitulah keadaannya lebih-lebih lagi memikirkan pasukan Kuntum yang rata-rata bersaiz omputih (sori kak Nang dan geng). Sehari sebelum kejohanan Dr Farah meregisterkan team anak-anaknya sebagai pelengkap kepada penyertaan untuk kejohanan. Persediaan pre-kejohanan sebegini mirip peserta rancangan realiti TV Akademi Fantasia baru mendapat lagu baru untuk dipersembahkan pada konsert mingguan mereka.

Berbekalkan sarapan bihun ihsan dari Kelab kebajikan & Riadah, berbagai-bagai genre aksi dan drama (daripada komedi romantic kasar sampai ke drama lawak lasak-genre baru) yang terhidang di gelanggang IFC setapak, baik peserta lelaki maupun pompuan dan tidak terlepas juga aksi peserta di luar gelanggang. Peserta terbaring, muntah-muntah dan macam-macam lagi (dah macam slot Fear Factor la). Walaupun masa perlawanan yang diberikan sekitar 10 minit tetapi keletihannya dah macam lari 4 jam tak berenti. Saya yang turun seminggu sekali pun turut merasa kepenatan yang teramat sangat ditambah pulak pasukan kami Sayap Atas yang tidak mempunyai seorang pun pemain simpanan. Bagaimanapun pertembungan antara Degawan dan Admin All Star memberi satu hiburan tambahan dimana aksi lagi ngeri extreme yang ditunjukkan oleh En Ramadan apabila menyelamatkan pintu gol dari dibolos.

Walaupun juara kejohanan kategori lelaki telah diserahkan kepada pihak bukan dari kalangan staf PDN ( Radicare memenangi piala pusingan lelaki setelah jawatankuasa kejohanan memutuskan Dr Farah FC tidak layak untuk menerima piala pusingan walaupun bergelar juara dan Kuntum bergelar juara kategori wanita).

Pihak penganjur berhak merasa gembira apabila kejohanan berlangsung dalam suasana penuh meriah dan disertai hampir semua staf di setiap unit. Penganjur sedikit kecewa apabila tidak menerima penyertaan daripada unit Pendermaan yang mempunyai lebih kurang 70 orang staff apabila terlibat dengan beberapa mobil dan mengharapkan penyertaan mereka di masa akan datang.

Banyak faedah yang boleh diterima dari sesi riadah seumpama futsal ini selain merebut piala pusingan diantaranya dapat menyuntik motivasi dikalangan pekerja untuk cenderung kepada gejala-gejala yang lebih sihat dan berfaedah, merapatkan silaturrahim antara staf, melepaskan atau mengurangkan tension bekerja disamping meneruskan misi mencari bakat terpendam. Kejohanan-kejohanan seperti ini seolah-olah satu kursus team building untuk warganegara PDN apabila berbagai elemen sihat tercetus disini.

KAPOK AKUSTIKA I

JEJAK BOLA BERSAMA SAUDARA GERARD

“Aku pegi dengan member-member aku,Hasan..aku nak tengok Reza,Kiran. Aku nak tangkap gambar diaorang tu tapi dari jauhla..bestnya...”

”Aku nak ajak abang aku pegila, hang bagitau je tempat tu, aku pegi..”

”Aku pegi dengan keta jela d

ari umah..tapi aku pegi jangan risau..”

Begitulah respon beberapa staff yang saya dengar apabila diberitahu pasukan futsal PDN hendak berentap dengan ERA FC di Rio De Futsal,USJ..

18.7.07 RABU 7.20PM

Ketika hujan seakan-akan tidak mahu berhenti saya mengetuai kontijen futsal kami bergegas keluar dari jajahan PDN.umpama satu misi besar yang perlu dihadapi, 6 buah kereta bergerak sehaluan didahului kereta cap ayam saya kemudian Ferio milik Wan Mohd Nazir (Reinazir),VIVA(kipas susah mati ni),Satria dan Wira-AB En Azman(ketua pemandu pun duduk belakang). En Mahizi selaku pemain (sedaq demo chik) dan ketua kontijen yang dilantik tidak turut disebabkan masalah (systemic error) yang tak dapat dielakkan jadi En Suhairul diamanahkan sebagai penunjuk arah gantian.

kontijen kami menyusuri jalan Tun Razak terus menuju ke Lebuhraya NPE. Ketika haluan kami seakan-akan sekata dan sejiwa, kira-kira 5KM selepas tol masuk NPE semua anggota kontijen seolah-olah terpaksa berpecah disebalik kesamaran hujan dan kenderaan yang lebih kurang sama sesaknya.”ada keta J kat belakang?”ala..takyah risaula..V-TECH dua kali bukak sampaila tu”celah En Herman bersungguh.”habisla..dah tak nampak semua orang”saya pun tak dapat menafsir jalan yang telah ditempuhi.apa yang saya tau hampir RM10 didermakan kepada pihak tol dan semuanya daripada En Suhairul,terima kasih

kereta pacuan saya telah mendahului ketibaan ke destinasi Rio De Futsal akhirnya.”woi!Dr Hanim dah kat padang la, dia cari korang,dah sampai belum?En Daud Tiba-tiba menghubungi saya melalui telefon.

Saya terus menyapa Dr Hanim ( Timbalan Pengarah) dan memperkenalkan pasukan PDN kepada Kieran(pagi di ERA).kami pun terus bersiap dengan segera untuk memulakan perlawanan.Pemain yang menumpang Ferio dah sampai”hangpa tinggal kami, laju,tak nampak”

18.7.07 RABU 8.20PM

WIRA SKUAD PDN

MAHIZI GOLI UTAMA

ZUHAIREY PERTAHANAN/PENYERANG SIMPANAN

MAT PI PERTAHANAN FULL TIME

WAN NAZIR GOLI SIMPANAN KE-3 (DULU GOLI UTAMA)

ACAI MESI PENYERANG SEUMUR HIDUP

AZMAN PEMAIN AREA TEPI-TEPI JE

HERMAN PEMBUAT BOLA,IMPORT HKL B

WAN CHULIA PENGACAU GOLI LAWAN

TERMIZI PENGANCAM KAKI LAWAN

SUHAIRUL PENYERANG KEMPUNAN JARINGAN

MAT JU PENYERANG IMPORT HKL B

PANJANG IMPORT HKL

AFENDI SAYAP KANAN/KIRI SERBA BOLEH

AZIZAN PAKAR REMBAT KE TIANG

ADAI PERTAHANAN/GOLI KEDUA

ROSMAN IMPORT SELAYANG

HASAN PEMAIN SERBA BOLEH TAHAN

Dengan menggunakan papan masa digital,perlawanan dibahagikan kepada 5 separuh masa dimana setiap separuh masa dikira selama 20 minit.pada separuh masa yang pertama PDN garang mendahului ERA dengan 5 goal berbalas 1”China lawan Malaysia ke..”kedengaran suara kieran di luar gelanggang.

Dengan jersi kebanggaan berwarna merah (Piala Pengarah dalam sejarah)kami bermain seperti apa yang diterapkan ketika latihan mingguan di IFC Setapak Futsal. Oleh kerana terlalu banyak goal yang dijaringkan, saya tak dapat meneliti butir jaringan yang tercipta oleh kedua-dua pasukan. Lagipun seluar pendek saya terkena chewing gum dan saya asyik menghabiskan masa untuk membuang sisa tersebut.”moral tak elok ni”

Lebih kurang jam 10 malam, perlawanan pun tamat. apa yang saya perhatikan di papan digital, PDN mendahului ERA dengan 18 gol berbalas 12.bergaya pasukan PDN walaupun saya hanya berjaya menjaringkan 1 gol dari jarak dekat. Selepas bergambar,penyampaian cenderamata dari PDN dan melihat pasukan ERA meraikan kekalahan mereka dengan berkenduri rambutan, kami pun berkemas untuk balik. Saya dan rakan-rakan sempat singgah makan sebelum tiba ke pangkuan PDN kira-kira jam 11.45PM. saya dapat rasakan mengharungi kesesakan kota metro lebih nilai kepenatannya dari bertarung di gelanggang Futsal.