VOCALIST

Thursday, June 24, 2010

NAK PERCAYA LAGI..

Dok sebilik..bertahun nasi bungkus yang sama di hadap berdepan. Lawak dia realistik dan kena gelak jawabnya. Tapi pasal apa kerap sangat keping RM 10 dalam 'wallet' poket belakang dok lesap memanjang. Dockers ka, Levis ka..asal poket..
Nak percaya lagi ka melaun ni kalau kalau duit tabung persatuan student bernilai tak ternilai di kebas gitu-gitu ja. Resit pun tak tinggal.
Pulak tu riang girang muka puak kemaruk seks, kemaruk duit ni bergambar sardin kat TV sesudah disapunya negeri pilihan rakyat. Tak sangka Rakyat terpilih yang jahanam. Geng-geng ni takleh dibuat kira..asal lalu lalat kat depan pasti ditangkap walaupun taik mainannya..
La ni, katanya nak di bina Dewan Rakyat dari 800 ratus juta duit rakyat. (Macamana lazat agaknya nilai 800 juta tu)..
Dok sangsi-sangsi tu datang pulak plan elak trafik jam sehingga di 'haruskan' bagi puak-puak tu memaksa perobohan penjara klasik. Berapa besar la agaknya jalan tu sampai satu bangunan luas sanggup di setelkan. Taula ada bangunan ber'hantu' area tu.
Kalau kelaku Zionis dah bersarang mustahil la orang kampung nak bersangka baik..
Tengok ni..Setan pun dah pandai pose..

Monday, June 7, 2010

KHUTBAH SETIAUSAHA MASJID

Dah berminggu dunia dok kalut Konvoi kena di 'ambush' Zionis, Masjid kariah aku baru nak segar . Masjid kat ulu sana dah di 'basuhnya' jemaah. Di hilir, orang masjid dah meluap-luap motivasinya. Di pekan, penghuni rata-rata dah berkabung walaupun pasar malam macam takleh sekat 'happening' nya.Khatib di sini asyik dok membuai kisah moral remaja. Kisah gejala buang sampah dari lampin bayi sampai ke 'real' punya bayi tu kira paling 'top' la. Orang kampung yang hari-hari ngadap sabit ni dok la dengar ulangannya bulan-bulan..Untung sikitla dari yang mai masjid setahun sekali-sekali.
Kesian kat orang kampung..ni la yang payah kalau S/U nya orang Kera bat ni..Payahnya kalau politik takleh masuk pintu masjid.
Yang hudud, judi katanya politik...
Yang Arak pun katanya politik..
Kalau semua bab dalam kitab fekah khatib takleh nak sebut..kacau..Muntah Jabatan Agama nak reka teks.
Kalau nak jaga Zionis sampai kat dalam masjid ni dah takdak beza dengan yang dok korek Masjidil Aqsa..
Dah patut S/U tu jangan bagi masuk masjid..
Menteri Hal ehwal Setiausaha kera bat sedunia ni dah macam Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat daa...

Wednesday, June 2, 2010

CITAKAN SYAHID PADA JIHAD

Bersumberkan Astro Awani,'follow' perkembangan serangan Misi Flotilla semasa ke semasa..Kenala sensitif sikit..takkan nak berfantasi 24 jam..
menyandarkan ingatan kepada beberapa hujah..

Allah SWT berfirman : ”Berjihadlah di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad.” (Al-Hajj:78).

Sabda Rasulullah SAW: ”Barangsiapa mati, sedangkan ia belum pernah berperang atau berniat untuk berperang, maka ia mati dalam keadaan jahiliyah"

Rasulullah SAW bersabda:"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142))

Rasulullah bersabda lagi:"Penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh." (Hadis Riwayat Al Hakim)

Tarbiyah diri kita untuk berada pada jalan Jihad..

Tunjukka
n selayaknya kita bersedia untuk dipilih-Nya ..

Takkan kita masih nak pilih celah pokok dan batu semata-mata untuk elak sasaran musuh bila dipanggil berperang?..lain la kalau dah strategi..


Takkan mentaliti kita masih teringat kari kepala ikan air tangan mak lagi bila duduk di medan...


"Kalau hang tak daya nak pergi, upah pengganti dengan apa cara sekalipun.."Pernah aku dengar pesan semangat seorang pejuang tempatan kat aku.

Allah SWT berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (berundur). Barangsiapa yang membelakangi mereka (berundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (siasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya." (Al-Anfal:15-16)

Sepatutnya sudah ada pilihan hati..




Tuesday, June 1, 2010

JAGA KAMPUNG

Ini jadinya bila makin ramai yang nak duit segera..
Dah ramai yang ketagih dadah haram jadah..
Ramai yang gajinya tak cukup walaupun nak sara hidup sendiri.
Makin ramai yang terlalu jauh dari kenal ilmu hak dan yang batil.
Sesudah berhutang, ramai dari puak ni yang putuskan memilih pencuri sebagai profesyen.

Pencuri ni mula jadi wabak di kampung kesayangan kita...Senduk.
Kegiatan puak-puak makan harta orang lain ni dah start ganggu rutin orang kampung yang sepatutnya lena pada malamnya.

Firman Allah dalam surah Toha ayat 124-126 yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Dia berkata, "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu celik?".

Allah berfirman:

"Demikianlah keadaannya. Telah datang ayat keterangan kepadamu lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".

Jom ke Surau untuk tengok dimana posisi anda untuk selamatkan kampung..
Sedangkan negeri pun boleh dirompak, ni kan pulak kampung.
Sebelum perompak-perompak ni di bagi lesen..
Kita masih lagi berpeluang pertahan kampung..Ahlan wasahlan..