VOCALIST

Tuesday, April 27, 2010

HULU SELANGOR 24 JAM

24hb April 2010

2.30 Pm - Atas problem teknikal dan taktikal kontijen bergerak sehari selepas plan asal iaitu sehari sebelumnya. Van Ford milik kampung diisi dengan formasi 2+2+2 menjadikan 6 peserta terakhir yang layak terpilih ke Hulu Selangor. Kami dibekalkan sekotak mineral percuma tajaan Caltex hentian Bukit Gantang apabila singgah mengisi minyak.
Kedudukan formasi dalam Van :Bahagian depan - Sharo dan Hize ( Pemandu tunggal)
Bahagian Tengah - Paklah dan Paknjang (ikon kampung)
Bahagian belakang - Ajam dan Pakndak
4.00 Pm - Kontijen singgah sat di hentian Tapah. Paklah nak berak (makan lauk kenduri banyak sangat). Aku dok lepak sambil sumbat betik ais kat mulut. " Rumah Perak kat estet area Slim River" kata seorang kariah Bukit Gantang yang kami jumpak di situ. Uit ! asal perak ja kena kat estet !. Aku cadangkan kami keluar ikut Simpang Sungkai (kot terasa nak singgah di estet la)

4.30 Pm - "Acu kata dia nak ikut jugak. ambik dia". Ajam bagitau. kami singgah amik seorang lagi peserta. Dan setelah dua 2 kali terpusing merempuh Roadblok yang sama kami akhirya mencecah masuk ke jajahan Hulu Selangor. Macam biasa, poster, banner, bendera belambak kat kiri kanan jalan dan aku perati jugak(lepas abih pusing Hulu Selangor la) pasal apa depa pasang kat area bawa ja?SPR tak bagi kot takut heli tersangkut..Ngok la SPR ni, dulu kini dan selamanya. Tadi Sharo dapat info malam ni Tok Guru dan Hardcore pakatan akan turun stadium Kuala Kubu Baru (KKB). Wah! terbaik!. tunggu kami datang.

5.30 Pm - Kami sampai di KKB dan van kami terus bersemayam di tepi van jenazah Masjid Daerah nya. Tempat ni kira macam Taiping la kat Bukit Gantang. Kami semua berjemaah kat masjid sebelum memula langkah pegi memantau kawasan sewaktu. "Nah! RM19.00 semua sekali !" Kata cik pelayan kedai makan tu masa kami singgah lepak kedai tu. Huih! ramahnya, tak jadi nak mintak diskaun.
7.30 Pm - "Allahuakbar Allahuakbar!!.." Bilal masjid mulakan panggilan. Masjid diserbu lagi kali ni untuk Solat Maghrib. Kalau macam ni hampir mustahil puak Kera bat nak mai jemaah kat masjid ni. Dah persis kubu Pakatan Rakyat. Masjid bagi aku dah bukan kawasan yang mesra untuk puak-puak tu. Kami bersiap ke Stadium KKB tepi masjid setelah berjemaah dan berjamak Ta'wal. Eh! Pasal apa kelab cina sebelah ni dari sebelum maghrib lagi berparti tak habih-habih? motif apa ni? "Soundcheck 1,2,3,4,5..ujian suara dari stadium yang dah cerah dengan lampu limpah dan isi gerainya. Aku beli spek hitam, payung dan zine Zunar dan stiker sebagai cenderahati disini.

9.00 pm - Pengerusi Majlis dah intro program. Aku nampak YB Azmin Ali lepak kat gerai area situ mesti dia 'on' ceramah malam ni. Orang mula serbu masuk dalam stadium. YB Tian Chua start menyerang diikuti bekas menteri dari Sarawak.

10.00 Pm - Stadium menghampiri kesesakan. Hadirin mula naik syeikh bila mengumumkan kedatangan hardcore PR seperti Karpal, MB Khalid, Lim Guan Eng. Aku cool ja, port aku kat grand stand tepi pintu stadium tu. Aku dok perati ja depa ni masuk."Bila Tok Guru nak sampai ni" celah mamat sebelah aku ni.."Saya pun dok tunggu jugak ni" aku confirm kan penantian kami dua orang."Anwar sedang hadapi kesesakan sejauh 8 km"kata Pengerusi.Gelisah jugak aku, rasa macam frust la kalau Tok Guru tak dapat bersama.

11.00 Pm - Seperti biasa kalau ada orang penting sampai petugas akan kalut mintak laluan diberikan. Ketepi! ketepi! aku nampak 'Merc hitam' masuk. Terdengar orang sekeliling jerit tok guru datang diselang takbir. Aku tak percaya lagi walau orang dah mula serbu. 'Merce' terus park belakang pentas utama. Pengerusi Majlis ambil mic dan " mengumumkan kehadiran YAB MB Kelantan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat " hadirin berdiri sambil melaungkan takbir berpuluh kali dan nikmat yang hampir sama aku terima apabila Perak jaringkan gol pada Final Piala Malaysia. Ada beberapa kerat berlari menyerbu kereta tok guru. Aku simpan keinginan aku.

11.30 Pm - Tok Guru mula menyampaikan kuliah Ilmu.Itulah keistimewaan yang jarang ada pada manusia biasa bertaraf bukan ulama. Tiba-tiba kuliahnya diganggu oleh provokasi biasa kera bat BN dan seorang aktres lucah dihalau keluar bersama cameraman nya.Kemudian Anwar Ibrahim sampai dengan Superbike, Pengerusi umum dan Anwar terus naik menutup ucapan pada malam tu.

12.30 Pm - Kami pun pelan-pelan keluar dari stadium KKB. Aku buat anggaran hadirin sekitar 20000 kurang sikit dari telahan pengerusi dan ada hadirin yang sanggup menapak berpuluh KM semata nak dengar amanat akhir ni terutama dar Tok Guru. Tu yang PR ada dan tak mungkin ada pada pnyokong Kera Bat BN.

3.00 Am - Setelah bertarung dengan kesesakan teruk akhirnya kami sampai di rumah Lan (anak sedara aku) di Rawang untuk lena disitu.La..ada yang tak makan lagi ka..Kami pi makan kat Restoran Ali Maju berhadapan tempat penginapan.

25Hb April 2010

8.00 Am - Terima kasih Hasanah (isteri Lan) dengan sarapan biskut dan teh kat kami dan kami bersiap keluar berjuang balik. Kawan ni dok gaduh pening kepala pulak (Ajam). Kami bergerak lalu di Kawasan pengundian bermula di Taman Sentosa. Aku sempat makeup van dengan poster Tok Guru Dan Zaid yang kami cabut kat tepi jalan dan hasilnya van kami akan jadi lebih stail dan menarik perhatian. Kami juga sempat bersarapan di kedai makan area tu. 'glemer' tu.

10.30 Am - Ada info kekecohan berlaku di kawasan undi Kg Rasa dan kami bergegas kesana..Wah!Beria macam team rescue la pulak.. Penyokong dua-dua team berada kiri kanan jalan. "Zaid beer!Zaid Beer!" Laung penyokong Kera Bat. "Apa!Apa!" kata kami pada penyokong Kera Bat BN. Kami berlalu pergi dan atas van aku jerit kat muka seorang penyokong BN "Hang dok kena tipu macam tu la!". Geram aku tengok puak-puak ni.

12.00 Am - Disebabkan Kaler asas dua parti bertanding lebih kurang jadi suasana perang poster tak berapa happening dan kontra berbanding kaler Hijau milik PAS. Kontijen kami banyak habiskan masa di jalan bila trafik sesak di semua arah dan kami putuskan meriahkan suasana trafik dengan menyergah kereta puak Kera bat dan laung sokongan kepada kenderaan milik PR. Kali ni Van kami dah 'Upgrade' dengan 2 bendera.
1.30 Pm - Kami menuju ke pos Batang Kali dengan hasrat untuk makan tengahari dengan team Kelantan tapi diberitakan mereka dah bertolak pulang..kecewa.. Bila kami sampai di Batang Kali penyokong BN dah Lengang, depa makan tengahari beramai-ramai (Bab makan 'free' juara la puak ni).

2.30 Pm - Setelah lalu dikawasan KKB dimana tempat ni akan dijadikan tempat penjumlahan undi kami pun 'plan' nak balik. Kami singgah solat sebelum sempadan Tanjung Malim dan kemudian singgah beli Pau Yik Mun 1926 yang terkenal di sana sebagai buah tangan untuk orang kampung (masing-masing beli kat keluarga diala,kalu nak rasa pi rumah sharo dia beli yang tak kukus lagi).




sof depan..








6.00 Pm - Kontijen Sidang tiba di perkarangan Senduk setelah 24 jam berkenangan berjuang di Hulu Selangor.

Tuesday, April 20, 2010

UMNO BUKAN UNTUK DIBAIKI

Apa identiti kekal yang berakar dalam BN dan khususnya dalam Umno?
Pada zaman kerajaan berpaksikan Umno sebagai tunjang pemerintahnya apakah ikon penting yang wujud?
Siapakah manusia yang kebanyakan lahir berbapakan ideologi perkauman Umno?
Setelah melangkau Jubli Emas penjajahan Umno terhasilnya ikon-ikon penting yang sama sekali tidak tergambar 'kehebatan' perekanya.
Terbayangkah kita sebuah gunung dan sebuah bukit di 'remake' untuk jadi gelanggang perjudian dan maksiat.?Terbayangkah kita di Selangor tersergamnya kilang-kilang arak yang rakyat sekelilingnya diancam kebanjiran?

Kadang-kadang kita meluat kepada kebanjiran program hiburan di negara kita tapi adakah kita mampu menghalang minat kebanyakan anak muda yang cenderong ke sana..
Kekuatan kita juga mungkin tak mampu untuk halang hiburan yang pemerintah Umno berjaya suburkan sehingga ianya terpaksa datang ke pintu rumah kita tanpa dipelawa..

Mengaku sajalah cabaran dunia teknologi jika tidak dikepung sebaiknya ianya bakal memisahkan anak dari kawalan keluarga.
Anak muda tak kan selesa merapu dengan motosikal penghargaan orang tuanya di sekitar rumah kediamannya.

UMNO semakin teruk.

Apabila mereka memanggil penasihat luar untuk pemulihan apakah kemungkinan yang kita bayangkan? Bayangkan rumahtangga jika pihak ketiga dipanggil untuk jadi perunding. Bayangkan kutu dikepala kita dibincangkan di white house.
Bayangkan perunding terpanggil itu bukan dari orang yang boleh diharap. Dan makin teruk lagi bayangkan kita mintak tolong penyamun dari ancaman perompak.
Maknanya Umno dan bodoh sombongnya dah makin teruk.

UMNO mustahil dibaiki.
Bertambah teruk, Umno akan buat pendedahan, mengugut dan mengungkit individu-individu yang pernah bersekongkol bersama walau terbukti mereka sudah insaf. Kumpulan yang pernah berkawan dan insaf masih hak mereka. Umno adalah parti yang sangat 'relevan' untuk kerja zalim.
Umno nak kumpulan ini termusnah sekali bersama mereka.
Rakyat wajib elakkan anasir ini.
Kalau barang itu rosak dan sifatnya bukan untuk dibaiki lagi.
itu dah lumrah alam.

Monday, April 19, 2010

SIDANG SENDUK TURUN 23 APRIL

Tok Guru Nik Aziz sokong penuh Zaid, akan turun 23 April

Warga Sidang Senduk akan memberi bantuan akhir berupa bantuan moral kepada wakil Zaid Ibrahim dan pengundi P94 Hulu Selangor. Askar tambahan Sidang Senduk akan bergerak ke destinasi kira-kira jam 5 petang dan dijangka tiba seiring dengan rombongan Tok Guru.

Kedatangan kami bagi memastikan kemenangan bergaya Pakatan Rakyat seumpama indahnya kemenangan yang di kecap di P44 Bukit Gantang dalam catatan sejarah satu waktu dulu. Kami mahu memastikan inspirasi rakyat menang di Hulu Selangor dan Kuburkan terus istilah kebangkitan untuk Kera bat UMNO dan BN.

Untuk makluman smua, rombongan Sidang Senduk ini tersemat di setiap catatan sejarah PRK (kecuali Batang Ai kena tiket flight mahal) sebagai sof depan perjuangan rakyat.
Dan sekali lagi kami nak bertitik dalam sejarah perjuangan rakyat. Takbir!!! ....
firman Allah SWT:

Oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap beristiqamah sebagaimana yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
[Huud 11: 112-113]

Kemenangan ini yang kami nak bawak

Monday, April 12, 2010

UMAR ALKHATAB PEMIMPIN RAKYAT



KEHARMONIAN RUMAHTANGGA

Ada seorang lelaki mengunjungi kediaman Khalifah Umar al-Khattab
untuk mengadu mengenai perangai isterinya..

Baru sampai di muka pintu, dia terdengar isteri Umar sedang
berleter dan Umar langsung tidak kedengaran suaranya.

Lelaki itu langsung beredar, tidak jadi dia mengadu.

Dia berbisik pada diri sendiri, " kalau beginilah keadaan
Umar, seorang Amirul Mukinin yang selalu keras dan tegas,
maka bagaimana dengan aku..?"

Kebetulan Umar keluar, dan terpandang lelaki itu hendak beredar
pergi, dia sempat memanggil untuk bertanya tujuan kedatangannya.

"wahai Amirul Mukminin, saya datang untuk mengadu mengenai
perangai buruk isteri saya yang suka berleter, tapi tadi saya
mendengar isteri tuan juga begitu, lalu saya berkata kepada
diri sendiri,"

"kalau begini keadaan Amirul Mukminin dengan isterinya,
maka bagaimana dengan aku?"

Umar menjawab, " saudara, sesungguhnya saya bersabar
mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas saya.

Dia memasak makanan saya, mengadun roti untuk saya,
membasuh pakaian saya dan menyusui anak anak saya, padahal
semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.

Dia juga menenangkan hati saya daripada melakukan perbuatan yang
haram (zina) .

sebab itulah saya bersabar dengan kerenahnya".

si lelaki menjawab, " Amirul mukminin, demikian jugaklah isteri
saya.

Umar berkata lagi, " maka bersabarlah, saudara, sessungguhnya
kerenahnya itu tidak lama...hanya seketika saja..