Bak pesan Nabi SAW yang disebut Ustaz Sofi Farid pada kuliah tafsir "Bukan dari kalanganku orang yang bangun paginya tidak memerhati urusan saudaranya yang lain.."
Kami pun mengatur gerak melalui wassap grup, fesbok dan segala macam media termasuk pengumuman melalui corong speaker surau dan papan tanda.
Mesyuarat yang pertama putuskan 5 buah 'transport' di tawar oleh beberapa orang bagi tujuan kesana. Sekretariat juga hanya menerima wang tunai tikar, selimut dan toto sahaja untuk dipanjangkan kepada mangsa. Kami tidak akan menyewa sebarang kenderaan 'mega'. Memadai semua sumbangan diisi dalam kenderaan bersaiz MPV dan sedan sahaja. Dan kami akan bertolak seawal jam 4 pagi. Yeahh..!! Semoga semuanya dipermudah hendaknya. Pembelian barang akan dibuat pada petang Sabtu 17.1.15, dikumpul disurau untuk pengagihan sebelum semua aktivis balik tido dirumah masing-masing.
15 minit selepas waktu dijanji, kira-kira jam 4.30 pagi 18.1.15 kami bergerak dengan 5 buah kenderaan seperti dijanji. Kami kemudian singgah chek point di Petronas Simpang Pulai sebelum mula mendaki hingga ke masjid Lojing. Selepas berjemaah subuh kami menurun banjaran Titiwangsa hingga tiba di Gua Musang lebih kurang jam 9.30 pagi.
Untuk makluman, kami pernah ada pengalaman 'trip' ke Gua Musang saat membantu jentera PRK di Galas dulu. Di Bandar ni, kami singgah makan diwarung betul-betul berdepan stesen KTM Gua Musang yang dah terputus operasinya akibat musibah banjir.
"Baru berasa nasi kerabu ni.. Sedap elok.." Kata Ustaz Ibrahim, Imam nombor 2 mesjid Al-Wusta. Kami beruntung bersama-sama kami ada 4 pegawai mesjid termasuk 2 orang imam (Ustaz Faqeh sorang lagi) dan 2 orang tok bilal (Ayahanda Paknjang dan Ustaz Mat Salleh). Kalau pegawai surau tu tak payah cakap, semuanya pegawai.. Keh keh keh..
Selepas menyantap, kami teruskan gerakan kami ke Manek Urai.
"Toksu tunggu di depan Klinik Manek Urai.." Jawab bakal jurupandu kami di sms nya. Perjalanan akan lebih mudah dan efektif nanti bila ada orang yang arif jalan dan lorong di Manek Urai. Jurupandu itu ialah En Aziz, anak jati Kuala Krai juga ada pertalian saudara dengan Ayahanda Paknjang. Syukur, Alhamdulillah!. Sekali lagi kami dipermudah.
Setibanya di Manek Urai Baru, kami dipelawa ke rumah mangsa juga kakak kandung Encik Aziz. Kami maklumkan kepada tuan rumah yang kami nak terus menyantuni mangsa. Kami kemudian dibawa terus ke Kampung Manek Urai Lama, kira-kira 2 kilometer dari Manek Urai Baru. Di Jambatan sungai Manek Urai lagi kami telah disapa oleh seorang makcik yang dah berumur dan bantuan pertama dineri pada beliau.
Di Manek Urai Lama yang dah diibarat 'total loss' itu, kami sempat menyusuri dua hingga tiga lorong sebelum semua barang bantuan habis diagih. Hampir kesemua rumah penduduk disitu tinggal tapak asal sahaja. Penduduk hanya berlindung sekeluarga beramai-ramai dibawah satu khemah yang dibekal oleh NGO dari luar. Hanya satu khemah berukuran 5x5 inci untuk satu keluarga, sungguh menyayat hati. Ramai mangsa yang ditemui terharu dengan sumbangan yang diberi. Dan mereka dilihat redho dengan ketentuan dan musibah yang diturun Allah. Kalaulah semuanya faham begitu, betapa bagus tarbiyah mereka.
"Kita bukan nak ghoyak politik sini.. Gapo sibuk sangat nak buat tembok sekat banjir?" Berkali-kali salah seorang mangsa mengadu bila disoal perihal bantuan dari pusat. Insyaallah kami juga faham.
Selepas tinggalkan baki bantuan di PASTI Manek Urai Baru, kemudian kami dibawa ronda-ronda ke bandar Kuala Krai. Dibandar, melihat kepada kesan-kesan yang tinggal, air naik hingga ke tingkat satu jika merujuk kepada rumah-rumah kedai. Di Kuala Krai juga kami berenti Solat dan rawat di pondok Sungai Durian milik Dr Abdul Basit pemilik pondok dan pengarang kitab Keindahan Islam yang menjadi rujukan salah satu slot kuliah disurau. Selesai Ustaz Faqeh memberikan sedikit peringatan musibah banjir untuk dimuhasabah aktivis misi. Pondok Dr Abd Basit juga alami kerosakan teruk.
Seterusnya kami dipelawa singgah di rumah Encik Aziz di jalan Kuala Nal. Encik Aziz dan isteri menjamu kami goreng pisang colek. Di rumah Encik Aziz semua sepakat untuk singgah 'shopping' buah tangan di Bukit Bunga. Sekali lagi kami bersyukur bila Encik Aziz sudi menunjuk jalan balik hingga ke simpang Macang.
"Kita beli la sikit, bagi depa pasal jaga anak-anak dan rumah.." Hujah Ustaz Shahrul.
Di Bukit Bunga kami singgah membasah badan di masjid berhampiran sebelum bergerak ke kawasan membeli belah. Selepas makan juga dikawasan itu, kami bergerak untuk jamak qasar di Masjid Bukit Bunga.
Senduk.. Mu tunggu kami balik..! Kami seterusnya seusai berjemaah, berjanji untuk 'pit stop' di Gerik, terus memecut kenderaan masing-masing seolah-olah bendera perlumbaan sebenar dikibar sehinggalah tiba garis penamatnya surau Senduk.
Tahniah, syukur dan syabas. Semuanya bergerak lancar.
No comments:
Post a Comment