Fathu Makkah adalah sebagai simbolik kemenangan dan kejayaan Rasulullah SAW untuk membuka pintu hati penduduk Makkah. Meskipun kedatangan Baginda dan 10,000 tenteranya untuk menghukum kaum Quraisy yang telah mengkhianati Perjanjian Hudaibiyah, namun mereka tidak menghadapi tentangan Quraisy, bahkan berjaya menjejak ke Bumi Suci itu dengan Aman dan Selamat.
" Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu (Wahai Nabi) kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi ampun terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya ke atasmu dan memimpin kamu ke jalan yang lurus, dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak). "
Surah Al-Fath (48 : 1-3)
Sebelum itu, Rasulullah SAW telah mengirim satu ingatan berbentuk tip-tip keselamatan buat penduduk Makkah melalui bapa mertuanya Abu Sufyan (Abu Sufyan telah berikrar taat setia pada Nabi dan juga mengucap syahadah).
Setiba di Makkah Abu Sufyan pun membuat satu pengumuman :
" Wahai kaum Quraisy sekalian ! Sesungguhnya saat ini muhammad bersama 10,000 tenteranya sedang menuju ke Makkah. Pada hematku, tiada siapa yang mampu menghadapinya"
Kemudian mengulangi Pesanan Baginda sekali lagi buat semua penduduk Makkah yang berbunyi :
" Barangsiapa yang merasa gerun berdepan dengan Tentera pimpinan Muhammad, mereka bolehlah pulang ke rumah masing-masing, tutup pintu dan kunci ataupun mereka masuk masjid ataupun masuk ke rumah Abu Sufyan "
Saidina Bilal Al-Habsyi RA diarahkan Rasulullah memanjat bumbung dan meng 'Azan' kan di setiap empat penjuru Kaabah sejurus selepas berjaya tanpa pertumpahan darah memasuki Kota Makkah. Lantikan Bilal bagi mengangkat martabat seorang yang pernah dihina oleh penduduk Makkah semasa bertaraf hamba 10 tahun lalu. Kejayaan Fathu Makkah difahami melalui tingginya nilai jihad dan syahid, nilai kesabaran (terutama hikmah dan kesabaran kisah Hudaibiyah, bagaimana perselisihan awal dengan sahabat) dan pelbagai nilai 'mehnah' dan bala. Ramai balu dan anak-anak yang menangisi kehilangan suami serta bapa mereka yang syahid. Sahabat-sahabat kesayangan Nabi SAW.
Semasa melangkah kaki dengan penuh keyakinan memasuki ke Kota Makkah, Nabi SAW Berulang-ulang mengalunkan dengan enak Surat Al Fath (1,2 & 3) secara taranum. Sebagai Panglima Perang juga Rasulullah SAW berpesan kepada sahabat supaya melangkah ke Kota Masjidil Haram melalui jalan berbeza bagi mengelakkan berlakunya pertumpahan darah. Itulah niat diilham dari mimpi Rasulullah SAW memasuki Kota Makkah dengan penuh terhormat dan inilah janji Allah SWT dalam maksud Firman Nya :
" Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, dengan mencukur kepala dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat "
Rujukan bersumber : Kisah Hidup Nabi Dan Peperangan Di Zamannya
Tulisan : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
No comments:
Post a Comment