Firman Allah S.W.T :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ
عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." ( Al Maidah :8)
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang BUKAN Islam dan pejuang HAK ASASI, Ambiga layak untuk mempertahan hak rakyat Malaysia untuk menganut apa saja ajaran agama mengikut peruntukan perlembagaan. Perlembagaan Malaysia yang diusahasama Lord Reid dan Pembesar MELAYU. Perlembagaan JUGA memperuntukkan Agama Islam sebagai agama rasmi serta posisi hak istimewa kepada orang melayu sebagai Bangsa Asal Tanah Melayu.
![]() |
Hebatnya pembesar Melayu |
Pejuang-pejuang Islam KHUSUSNYA PAS menyahut tanggungjawab sejak merdeka dengan sedaya upaya menegakkan Undang-undang Syariah Di Malaysia. PAS secara komited selepas mengambil pemerintahan Negeri Kelantan pada tahun 1990 telah meluluskan Enakmen Syariah (Tahniah). Enakmen Undang-Undang Islam yang diusahakan Kelantan turut mengandungi kaedah bagi penyelesaian khususnya masalah Murtad. Tiada agenda politik peribadi melainkan berusaha menyelesaikan masalah kepentingan Umat Islam khususnya. Usaha Kerajaan Kelantan bagaimanapun digagalkan pemerintah ketika dengan penuh penghinaan. Adakah kita pernah tahu kenyataan pemerintah waktu itu melabel HUDUD sebagai penyekat kemajuan (Wawasan 2020) apabila manusia hilang anggota tangan dan kaki? Kita terpaksa menelan pahit apabila Lee Kuan Yew berhujah Islam penyebab kemunduran tapi kita patut sukar menerima seorang pemerintah Islam yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
Firman Allah S.W.T :
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنْكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ
Maksudnya : " Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembang-kan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya".
( Ali Imran : 104)

Pemegang Tampuk kuasa Kerajaan Malaysia dilihat begitu gagal memperjuangkan isu Umat Islam melalui pengukuhan Undang-Undang Islam iaitu Syariah. Sebagai pejuang Islam, PAS terpaksa mengambil tanggungjawab dakwah yang ditinggalkan pemerintah yang dikatakan ketua sebuah negara Islam. Melalui Tok-Tok Guru dan Ilmuwan didalamnya, PAS berusaha memberi pelbagai penerangan kepada seluruh Umat Islam termasuk Non-Muslim tentang Islam. Ulama-ulama ini bukan sahaja tidak memperolehi sebarang bantuan malah dihalang dengan pelbagai sekatan termasuk dari sudut tauliah ceramah (Majlis Ilmu terpaksa berlangsung dicelah-celah pokok) walaupun ramai diantaranya bergelar Profesor dalam bidang khusus termasuk Syariah.
![]() |
artis realiti TV |
BERSIH juga satu lagi tuntutan hak asasi yang mencalonkan PROFESIONALISMA Ambiga sekali lagi sebagai pengerusinya. BERSIH adalah GABUNGAN 60 pertubuhan lain bukan pertubuhan khusus. Pilihan Raya yang adil adalah tuntutan utama rakyat berwakilkan mereka. Walaupun BERSIH dan Murtad sangat berbeza dasarnya namun tuntutan perkara Hak Asasinya masih dilihat seiras. Keduanya mempunyai persamaan dari segi begitu LEMAH nya pentadbiran pemerintah Negara saat ini.
No comments:
Post a Comment