VOCALIST

Tuesday, June 7, 2011

JAGOH KAMPUNG

Ahad 5.6.2011 - Pemain nombor satu dunia, Nadal, menyamai rekod enam kejuaraan di Roland Garros Bjorn Borg semalam dengan kemenangan 7-5, 7-6 (7/3), 5-7, 6-1 ke atas musuh tradisi Roger Federer, sambil melebarkan rekod kariernya di Paris kepada 45 kemenangan dan hanya satu kekalahan.
gaya jagoh dunia

Bila la nak tengok Malaysia lahirkan legenda tenis. Nak tengok aksi pemain Malaysia di Roland Garros misalnya. Orang kata dalam dunia tiada yang mustahil. Isyh!! Susah nak kata..Dari era Adam Malik (nama ni memang sinonim dulu) sampai sekarang tak nampak potensi pemain Malaysia ni. Apa kata suruh saja Nicol David main tenis. Nampak macam sama saja skil dan tekniknya.

Meja ping-pong Klasik

Sebut pasal tenis teringat kat meja pingpong (table tennis) kampung. Tapi meja tu dah pupus makan dek anai-anai. Walaupun entah kemana pupusnya tapi impaknya dalam melahirkan legenda ping-pong kampung memang tak dinafikan. Kalau datang musimnya, turunla dari merata ceruk bakat-bakat luar biasa ni. Macam 'orang gila' puak-puak ni beraksi. Tak ingat siang, tak ingat nak balik makan nasi tengahari. Selesai di gelanggang kemudian dibawak pulak gebangnya disurau. Tak kira apa jenis sukan pun begitulah keadaannya. Maka tak mustahil lahir bermacam-macam jenis jaguh.

Struktur binaan meja ping-pong

Binaan meja ping-pong milik jagoan kampung ini antara dianggap klasik pada zamannya. Bahannya terdiri dari papan 'plywood' buangan sumbangan kalangan kariah. Papan tadi dikumpul dan dicantum menjadi seakan-akan meja ping-pong yang memenuhi spesifikasi asal bertaraf dunia. Begitupun tahap lantunan bola tidak memenuhi piawaian. Papan pemukul juga begitu. Bukan pakai getah standard pemain dunia. Dan pasal tu lah jaguh-jaguh kelahiran papan 'plywood' ni sangat terlatih dan pantang bola tanggung.

Rasanya Nadal dan jaguh dunia lain mungkin terlatih seperti orang Senduk. Masalahnya bakat jaguh dunia dihidu organisasi terlibat merekrut. Jagoan Senduk kebanyakan karier mereka berkubur setelah habis zaman sekolah. Dan Malaysia perlu buat kajian pendekatan yang diguna pakai jagoan Senduk.

Monday, June 6, 2011

HAK ANAK DARI AYAH

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?”
Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut.
Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula  dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.

Memilih calon ibu yang terbaik

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.

Setelah dibeban tanggungjawab memilih calon isteri, suami kemudian perlu menghebatkan diri dengan ilmu agama kerana tanggungjawab berat oleh Allah untuk mendidik isteri dan anak-anak kepada Islam. Buat pilihan terbijak kerana ia bakal mengimbangi nasib rumahtangga dan anak-anak pada masa mendatang.

Memberi nama yang terbaik

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya kamu dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, dari itu elokkanlah nama-nama kamu.” (Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad).

Nama adalah doa ibubapa untuk anak-anak. Carilah nama dan panggilan yang terbaik untuk anak.
Elakkan mereka nama-nama dari perkataan negatif.

Mengajarkan Al-Quran

Al-Quran adalah pedoman sesuai sepanjang zaman. Ceritakan kepada anak perihal Al-Quran. Asuh anak dari kaedah bacaan hinggalah ke praktik isi kandungan.

“Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu. Didiklah dan persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu.” Saidina Ali Ibni Abi Talib RA

Masanya untuk berubah

Jika kita pernah menderhakai anak-anak, maka kini saatnya untuk berubah. Mohonlah ampunan Allah, petunjuk dan pertolonganNya agar anda dapat meluruskan kembali diri, pasangan dan anak-anak dari terus terpesong. Mungkin sulit namun sekurang-kurangnya anda perlu berusaha. Inilah kafarah dosa kita semalam.

Mafhumnya: "Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" [Surah al-Tahrim, ayat 6]

father & son

Satu renungan khas untuk semua ayah
Selamat Hari Ayah...

EPISOD C : THE LATE STORY OF JELAJAH 'KALENDER' - TABUNG STRATEGI

9. Sabtu 25.12.2010 - Pasar Malam Parit Buntar, Bagan Serai.

Budak-budak semalam makin 'excited' berbakti. Kami pergi jauh ke  Utara Perak pulak. Kali ni ada Tabung Khas di reka (kalau tidak pakai tabung plastik cekelat). Di Parit Buntar macam-macam karenah penderma. Ada lagi yang buat lawak permit. Turun pulak ke Bagan Serai dan diselang-selang restoran tepi-tepi jalan. Rasa malam ni kami catat rekod sendiri. Dana terkumpul sebanyak RM 600. Tahniah ahli skuad.

10. Rabu 29.12.2010 - Pasar Malam Kamunting

Lokasi kutipan paling lawak. Ada brader kat area ni 'sound' kami. "hangpa pi la jual kat tempat hangpa Bukit Gantang!" ok la jom kita balik. Lawak primitif. Takpa, ada kutipan walau sikit malam tu.

11. Sabtu 1.1.2011 - Pasar Malam Manjung I

Kami solat Maghrib di Manjung. Berkobar-kobar sikit kali ni pasal dari kereta nampak merelip pasar malam Manjung yang besar. Kami diuji Allah kali ni. Bila buka bonet kereta, sudahnya hujan turun lebat-selebatnya. Tutup bonet, kami bersantai la kat kedai mamak area situ. Pekena roti banjir. Elok kami memikir jalan pulang, ada jemputan makan malam dari En Amini (abang aku) sekeluarga di Taman Sri Manjung. Tiada istilah kecewa untuk kami dalam perjuangan. Pemurah Allah ni tak bertempat sebenarnya. Kenyang kami malam tu.

12. Ahad 2.1.2011 - Pasar Malam Manjung II

Sesi II agak lewat pergerakan. Ada friendly bola dengan Matang. Seri 4-4. Dua biji kereta 'race' ke Manjung. Tapi sebab lambat, sekali lagi 'race' kejar peniaga yang dah nak tutup gerai depa. Kami pastikan jugak kunjungan ke Manjung kali kedua berbaloi. Kami pergi ke Medan Selera area Taman Sri Manjung pulak. Ya!! Memang berbaloi malam ni. RM 350 berjaya dikutip. Kami akhiri malam kami sambil santai tengok bola di Kedai Siam kat situ jugak.

Ahli Skuad

Raden Masduki   Amin   Atan   Asyraf   Ajis  Mat-Takir  Rahman  Aiman   Ammar   Pak-An   Adni  Yotei Eddie  Ubey  Farid  Ajam  Hize  Diha  Irfan  Najah, pihak muslimat dan semua yang terlibat yang namanya tak tercatat

Jelajah kalender adalah julung kali milik Sidang Senduk sepenuhnya. Tahniah khas buat staff skuad (ready untuk next season) dan terima kasih buat penderma budiman atas infaq anda sekalian. Dan kami Insyaallah akan buat kunjungan lagi ke tempat tuan jika diberi kekuatan.

AlFatihah buat Allahyarham Pak Ngah Zulkifli dan isterinya Allahyarhamah Mak Ngah Habsah yang kembali ke Rahmatullah ketika penjelajahan berlangsung.

EPISOD B : THE LATE STORY OF JELAJAH 'KALENDER' - PENEROKAAN PASAR MALAM

5. Isnin 20.12.2010 - Pasar malam Batu 2 1/2

Mula meneroka market Pasar Malam. Dengan 2 kumpulan malam tu aku target jualan untuk tokeh gerai dan hasilnya cukup hebat. 25 keping berjaya diuruskan.

6. Selasa 21.12.2010 - Pasar Malam Bukit Jana

"semalam kami dah derma" rupanya peniaga yang sama di Batu 2 setengah. "takpa, orang lain ada lagi" ramai jugak ambik kalender malam tu, 35 helai terjual.

7. Jumaat 24.12.2010 -  Masjid Negeri dan Masjid Hospital

Ini antara rancangan skala besar. Tapi ada sedikit gangguan, hari cuti. Jemaah solat Jumaat pun turut berkurang. Di dua masjid kami hambar namun masih ada jualan. "kat stadium ada karnival" bagitau Pak Guard mesjid. Rupanya hikmat usaha kami hasilnya kat situ. Laris sekali, adala 50 keping susut.

8. Jumaat 24.12.2010 - Pasar Malam Tambun, Ekspo Sungai Perak dan Downtown Taiping

Target asalnya Tambun tapi pasal hambar 'sale' nya jadi kami singgah kat Ekspo Kuala. Staf kali ni beraksi hebat. Dan kami akhiri 'show' dekat Downtown Taiping. Hasil usaha kami, 120 keping habis malam tu.

EPISOD A : THE LATE STORY OF JELAJAH 'KALENDER' - PENJELAJAHAN BERMULA

1. Khamis 16.12.2010 - Bersama Mat Sabu

Hari pertama jualan. Kakitangan ramai dan Eddie jadi 'Staf of the Night' dengan 'sale' luarbiasa. 70 unit terjual. Eddie ungguli carta pecah kutipan dengan serangan ke setiap hadirin.

2. Jumaat 17.12.2010 - Solat Jumaat di Masjid Daerah Taiping

Berdua dengan gunakan kualiti Eddie sekali lagi. Jualan yang panas selepas solat terhenti dengan kebakaran akibat litar pintas di penjuru masjid. 30 helai berjaya habis.

3. Sabtu 18.12.2010 - Ceramah Lenggong.

Sebiji kereta memuat lima staf bergegas ke lokasi. Jualan baik walaupun terpaksa bersaing dengan kalender milik Pemuda Bukit Gantang. 40 keping habis dengan 2 lokasi berbeza.

4. Ahad 19.12.2010 -  R&R Bukit Merah

Sebelum solat Maghrib kami beroperasi. Sasaran musafir yang berdestinasi KL ke Selatan. Jualan yang makin laris selepas berjemaah Maghrib terganggu oleh Sang Polis Bantuan yang mengusir kami balik. Tanpa permit katanya. Tapi 45 unit yang laku malam tu cukup baik untuk aktiviti setahun sekali kami. Sori Mr. Polismen.

MUSAILAMAH SI PEMBOHONG

Di antara orang yang mengaku dirinya menjadi nabi dan sangat berbahaya ialah Musailamah al-Kazzab dari
Bani Hanifah di Yamamah. Musailamah al-Kazzab telah
mengaku menjadi Nabi semenjak Rasulullah s.a.w. masih
hidup lagi.

Kandungan suratnya buat
Rasulullah SAW

 “Dari Musailamah
Rasulullah kepada Muhammad Rasulullah. Kemudian
daripada itu, separuh bumi ini buat kami, dan separuh
buat Quraisy, tetapi Quraisy tidak adil, wassalam.”

Kandungan Surat balas Rasulullah s.a.w.
"Dengan nama
Allah yang maha pengasih lagi penyayang. Dari Muhammad
Rasulullah kepada Musailamah al-Kazzab, kemudian
daripada itu, bumi ini kepunyaan Allah, yang
dipusakakan kepada siapa saja yang dikehendakiNya di
antara hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah
bagi orang yang bertaqwa. Keselamatan bagi orang yang
mengikut petunjuk.”

Tiga faktor yang menambah bahaya Musailamah al-Kazzab:

1. Kekuatan Bani Hanifah dan keperwiraan mereka dalam
peperangan.

2. Musailamah berjaya menipu Ar Rajjal bin Anfuah yang
diutus Rasulullah s.a.w. untuk beri peringatan seterusnya kembali kepada kebenaran. Ar Rajjal kemudian berbohong dan umumkan
hasrat Rasulullah s.a.w. mengajak Musailamah sama-sama
menanggung tugas kenabian itu.

3. Musailamah telah berkahwin dengan seorang perempuan
bernama Sajah dari Bani Tamim yang juga mengaku
menjadi nabi. Tempat tinggal Bani Tamim adalah
berdekatan dengan sempadan Parsi. Sajah ditaati kaumnya dan akhirnya telah bergabung dengan pengikut-pengikut
Musailamah.

Ibnu Tabatiba meriwayatkan perkahwinan Musailamah
al-Kazzab dengan Sajah iaitu Sajah seorang wanita
bangsa Arab dari suku Tamim juga mengaku mendapat
wahyu dan menjadi Nabi, kumpulannya lebih ramai dari
kumpulan Musailamah. Apabila mengetahui kedatangan
Sajah, Musailamah yang pintar berfikir, Lalu dia
mengutus kepada Sajah dan mengesyorkan supaya diadakan
pertemuan di antara mereka untuk mengkaji wahyu-wahyu
mereka dan mana yang benar akan diikut. Sajah telah menerima tawaran
itu.

Musailamah pun membuat suatu tempat untuk pertemuan
tersebut dengan bau-bauan yang harum semerbak.
Seperti kebiasaan, wanita apabila berada berdua-duaan
dengan lelaki ditengah bau-bauan yang wangi itu,
perasaan kewanitaan akan menjadi segar. Inilah yang
berlaku. Di dalam khalwat tersebut, kedua-duanya
menjadi lelaki dan perempuan bukan lagi nabi-nabi.
Akhirnya mereka bersetuju bahawa wahyu yang mereka
terima berasal dari punca yang sama. Sajah mengumumkan
kepercayaannya kepada Musailamah begitu juga
sebaliknya. Mereka mendakwa sama-sama menjalankan
tugas kenabian.

Musailamah mengemukakan hasratnya untuk mengahwini
Sajah. Musailamah pun menghantar maskahwin kepada
keluarga Sajah. Maskahwin itu ialah memberi cuti
kepada keluarga Sajah daripada solat Asar. Ibnu
Tabatiba menyebutkan juga sehingga sekarang ramai suku
Bani Tamim tidak solat Asar kerana mewarisi adat ini
sejak masa itu.

Kewafatan Rasulullah s.a.w. telah membuka peluang
kepada Musailamah dan pengikutnya untuk mencapai
cita-cita mereka.

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq telah bermesyuarat dengan
para sahabat dan kaum muslimin bagi menghadapi
kesulitan-kesulitan ini iaitu gejala murtad, Nabi
palsu dan golongan yang enggan membayar zakat. Di
dalam kesulitan yang memuncak ini maka dengan
kebesaran dan ketabahan hati Khalifah Abu Bakar
as-Siddiq, beliau bersumpah untuk memerangi semua
golongan ini sehingga mereka kembali kepada kebenaran,
atau beliau gugur sebagai syahid dalam memperjuangkan
kemuliaan agama Islam.

Ketegasan Abu Bakar disambut dan didokong oleh kaum
Muslimin, beliau membentuk sebelas pasukan yang
masing-masing dipimpin oleh pahlawan terkenal seperti
Khalid al-Walid, Amru al-As, Ikrimah bin Abu Jahal,
Syurahbil bin Hasanah dan lain-lain. Sebelum Khalifah
Abu Bakar mengirim bala tenteranya terlebih dahulu
beliau mengutus surat menerangkan kesamaran yang
timbul dan menyeru mereka kembali ke pangkal jalan. Di
ingatkan juga akan akibat jika mereka terus dalam
kesesatan.

Musailamh ingkar, maka Khalifah Abu Bakar mengarahkan
Khalid al-Walid mengetuai serangan ke atas Musailamah
dan pengikutnya. Musailamah mempunyai 40 000 bala
tentera dari Bani Hanifah serta pengikut-pengikut yang
menyokongnya dari suku kaum lain. Pertempuran sengit
terjadi, ar-Rajjal bin Anufah terbunuh. Musailamah dan
pengikutnya berundur di suatu taman luas dan bertembok
tinggi. Tentera Muslimin menyerbu, maka berlakulah
pertempuran sengit yang mengorbankan beribu-ribu jiwa
dari kedua belah pihak, sehingga taman itu dikenali
sebagai ‘Taman Maut’.

Musailamah al-Kazzab terbunuh dalam pertempuran itu.
Ada yang meriwayatkan dia dibunuh oleh Wahsyi, iaitu
pembunuh saidina Hamzah dalam peperangan Uhud. Ada
yang mengatakan dibunuh oleh Mu’awiyyah, ada yang
mengatakan dibunuh kaum muslimin didahului oleh Wahsyi
yang melontar tombak dan Abdullah bin Zaid bin Asim
al-Ansari yang menetaknya dengan pedang.

awas teknologi musailamah

Wednesday, June 1, 2011

INI BARU KENDURI

Di kampung takla lebat kendurinya. 2 lokasi saja. Rumah Kak Siah tepi surau dan Pak Ngah Harun kat cabang tiga. Tapi kalau pasang khemah sebelah rumah, 'ready' la letihnya. Kenduri tu jadi boleh milik peribadi. Biasa dikampung 'gitu' la. Takkan 'time' makan 12 tengahari hari kenduri baru nak tunjuk kalut. Tak syiok la..jiran jauh 50 meter persegi pun tunjuk muka. 

Kalau dah datang musimnya. Budak hadrah (kompang) Senduk pun datang popularitinya. Sana-sini Tuan Kenduri undang main. Mula saja cuti sekolah, (musim kenduri adalah sinonim dengan cuti persekolahan) geng ni sibuk aksi hujung minggunya. Latihan Jumaat malam jadi tempat 'test setting' Sabtu minggu pertama main di Kg Berchat, Bukit Gantang. Sabtu minggu berikutnya di Larut Tin dan Dewan Bunga Raya. Ahadnya di Kg Berchat sekali lagi. Sabtu lagi satu ada jugak tapi tak tau kat mana. Kesimpulannya jadual budak-budak ni padat. La ni pun ada lagi 'customer' mintak tapi terpaksa tolak sebab dah 'full'. Angkutla kompang tu kehulu-hilir. 

Selain dari Hadrah, Sidang Senduk juga miliki skuad PA Sistem. Tapi spesifikasi sistem layak untuk kenduri dan 'mini function' ja. Oleh karena masih bertaraf kampung jadi untuk kenduri kahwin, kami tak sedia DJ. Kat kampung sendiri bolehla hentam kromok.

Kalau musim kahwin, kiranya kami ni jadi popular tiba-tiba. Tapi bukan jutawan segera. Kalau budak sekolah tu bolehla 'top-up' belanja. Tabung Surau bertambahla sikit.