Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut.
Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.
Memilih calon ibu yang terbaik
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.
Setelah dibeban tanggungjawab memilih calon isteri, suami kemudian perlu menghebatkan diri dengan ilmu agama kerana tanggungjawab berat oleh Allah untuk mendidik isteri dan anak-anak kepada Islam. Buat pilihan terbijak kerana ia bakal mengimbangi nasib rumahtangga dan anak-anak pada masa mendatang.
Memberi nama yang terbaik
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya kamu dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, dari itu elokkanlah nama-nama kamu.” (Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad).
Nama adalah doa ibubapa untuk anak-anak. Carilah nama dan panggilan yang terbaik untuk anak.
Elakkan mereka nama-nama dari perkataan negatif.
Mengajarkan Al-Quran
Al-Quran adalah pedoman sesuai sepanjang zaman. Ceritakan kepada anak perihal Al-Quran. Asuh anak dari kaedah bacaan hinggalah ke praktik isi kandungan.
“Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu. Didiklah dan persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu.” Saidina Ali Ibni Abi Talib RA
Masanya untuk berubah
Jika kita pernah menderhakai anak-anak, maka kini saatnya untuk berubah. Mohonlah ampunan Allah, petunjuk dan pertolonganNya agar anda dapat meluruskan kembali diri, pasangan dan anak-anak dari terus terpesong. Mungkin sulit namun sekurang-kurangnya anda perlu berusaha. Inilah kafarah dosa kita semalam.
Mafhumnya: "Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" [Surah al-Tahrim, ayat 6]
![]() |
father & son |
Satu renungan khas untuk semua ayah
Selamat Hari Ayah...
No comments:
Post a Comment