VOCALIST

Wednesday, September 12, 2012

KE'BERADA'AN IBLIS

Bukan sekadar percaya, malah muslim wajib beriman. Beriman kepada kewujudan Jin dan Syaitan atau yang disebut hantu dalam masyarakat kita adalah wajib hukumnya dan termasuk dalam rangka beriman terhadap perkara-perkara ghaib. Termasuklah beriman kepada malaikat !!. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”.[Al-Baqarah: 3]

Yang dilarang adalah percaya kewujudan makhluk tadi boleh memberi 'effect' seram dan menggerunkan buat kita dan secara tak langsung mengurangkan ketakutan buat Allah SWT dan ini dinamakan tahyul. Apabila takut selain Allah bakal dilabel syirik. Apatah lagi terang-terang menyuarakan sokongan buat organisasi syaitan. 'wal'iyazubillah'. Dan perlakuan syirik secara automatik mencacatkan seterusnya merosakkan rukun iman seseorang dan padahnya ialah kufur.

Jin dan setan itu ada tapi bukan dengan pakej menakutkan. Yang layak untuk menakutkan manusia hanya Allah. Kenapa? Jin dan setan itu juga Allah yang rekacipta. Kejadian 'makhluk asing' ini telah diulang berkali-kali dalam Al-Quran.

"Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah." (Q.s. an-Nahl: 99-100).


Prodesur-prodesur filem juga rasanya seperti bersusah payah menerangkan kewujudan hantu dan setan. Barat (termasuk orang-orang timur) juga berterusan mengambil peranan khas untuk menerangkan manusia mengenai wujudnya puak-puak khianat ini. Adakala cuba men'sopan'kan sifat jahat syaitan itu. Siri-siri 'sesat' pontianak ala sekuel 'Twilight' contohnya menunjukkan bagaimana manusia layak jatuh cinta dengan puak-puak pontianak. Barat seolah-olah terlalu 'baik' sehingga cuba memahami naluri dan perasaan syaitan itu sendiri.

"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Surah az-Zariyat: ayat 56

Manusia, jin dan syaitan dicipta berbeza spesifikasi, model dan perangai mengikut acuan Allah.

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah”. Demikianlah ingatan Allah dalam Surah At Tiin, Ayat 4-5.

Allah ciptakan kejadian manusia lebih hebat dari kejadian-kejadian lain. Buktinya seruan Allah supaya semua makhluk sujud kepada Adam disahut kecuali si Iblis laknatullah yang degil itu ('degil' itu perangai Iblis).

Selain dari mempercayai wujudnya Jin dan setan ini, Allah juga menyuruh manusia supaya berhati-hati dengannya. Hati-hati bukan bermaksud takut tapi berjaga-jaga dengan pujuk rayunya. Iblis dan syaitan sangat cekap dan profesional dalam tugas menghasut mereka. Manusia yang lemah akan termakan pujukan syaitan. Orang kaya, miskin, tua, muda, ketua cawangan, ketua pemuda, hulubalang, raja, Perdana Menteri (PM) dan mantan PM juga tidak terkecuali diganggu keimanan mereka.

Hantu dan setan ini mempunyai 'network' bukan saja di Tanah Melayu tapi seluruh dunia. Hantu orang Amerika yang paling femes dipanggil Drakula. Tapi di Malaysia kaya dengan beraneka jenis. Kesan amalan pecah perintah sejak merdeka, terbentuklah spesis hantu galah, bantut, cerah, gelap, polong, penanggal, langsuir, jepun, cina dan macam-macam. Dan yang terhangat di pasaran ialah Hantu Pilihanraya @ Pengundi Hantu.



No comments:

Post a Comment