VOCALIST

Sunday, February 12, 2012

PAK BAEN STORY : CINTA KLASIK SITI KAMAR

Mabuk dibuatnya bila telinga didendangkan irama cinta Laila dan Majnun, Romi dan Juli.
Kisah cinta yang disulam-sulam suka dan duka. Tragisnya percintaan bila sukanya datang dari duka dan luka yang terlampau. Cemasnya percintaan hadirkan ancaman kepada perasaan.
Tidak sempurna kalau tak disentuh cinta Pak Baen.
Siapa yang tak terbayang wajah indah Siti Kamar.
Wajah kenangan Pak Baen sejak mula bijak melukis bulan di tengah lautan. Gelora laut disulam-sulam kapal yang jenuh belayar mencari ikan. Bagaikan pungguk kemarukkan kan bulan maka begitulah ketagih sangatnya Pak Baen kepada cinta Siti Kamar.

Almaklum suatu ketika pernah solat berjemaah sama-sama, mandi sekali, mengantuk sekali dan tidur pun sebantal. Kalau beginilah keadaannya, untuk melupakan saat-saat indah bersama adalah diklasifikasikan sebagai mustahil untuk insan lemah seperti Pak Baen.

Kalau diikut carta salasilah keturunan, Pak Baen ni kira bukan calang-calang keturunan juga. Pak Baen berketurunan Tun. Dan selalunya pangkat Tun ni untuk pesara-pesara hulubalang negara. Sudahla keturunan bangsawan, di pakej pulak dengan bakat. Kalau paras rupa tu..boleh tahanla..

Pak Baen ni kalau bersiaran sekitar kampung biasanya dia lebih selesa separuh bogel. Dan dikala beraksi lagak ahli bina badan akan tersembul otot-otot sasa dari lengannya. Membuatkan si dara akan senantiasa memusatkan tumpuan kepadanya.

Segala jenis disipilin sukan termasuk sukaneka hari keluarga sama ada di air masin tawar, udara dan tanah rendah tinggi semuanya dimonopoli Pak Baen. Hatta acara 'musical chair' sekalipun turut dibolot. Kalau beginilah natijahnya, gadis mana sekalipun pasti terkedu dan mengharap dapat menawan hati Pak Baen. Siti Kamar tidak terkecuali sebagai gadis kampung. Tapi dia dilahirkan sangat pemalu dan sangat pandai menjaga kehormatan diri. Dan itulah beza Siti Kamar dengan anak-anak dara lain yang terang-terang gedik. Pemalunya Siti Kamar sehingga nak menutup tirai pintu disenja hari sekalipun disuruh ibunya temankan.

Fitrah manusia tambah-tambah yang bergelar hero kampung seperti Pak Baen, yang paling payah tu lah yang dia nak. "Baru thrill.." katanya. Kalau ada hero mesti ada heroin. Pak Baen mulakan langkah mengorat Siti Kamar sampai dapat. "Biar putih tulang". Pak Baen sanggup menggunakan pakar-pakar 'intelligence' yang diimport dari luar bagi merancang strategi sulitnya. Pak Baen tahu kecantikan peribadi Islamik Siti Kamar berguna untuk mengembalikan keyakinan orang kampung.

Namun jodoh Pak Baen dan Siti Kamar hayatnya tidaklah lama seperti juga pasangan aktor dan aktres masa kini. Dicerainya Siti Kamar berstatus talak tiga. Ketentuan Allah, mereka disahkan tidak tinggal sebumbung lagi. Sesi kaunseling anjuran Pejabat Agama yang dihadiri puluhan kali tak mampu merjernihkan keadaan.

Ternyata mereka tak sefahaman dan seakidah. Pak Baen juga terlalu zalim dari sudut menunaikan tuntutan nafkah pihak isterinya. Malah perangai buruknya suka berpoya-poya diluar negara sukar dibuang. Dari hari ke hari perangai songsangnya semakin terdedah. Memang satu ketika dulu sebelum nikah Pak Baen gemar berjudi laga ikan tapi kali ni satu kampung tau bertambah teruk ketagihannya untuk 'berjoli' membeli nombor kuda. Untuk memuaskan nafsu judinya, Pak Baen menjalinkan hubungan istimewa dengan tauke-tauke bagi mengekalkan ketagihan judinya.

Bagaimana tergamak Pak Baen memeras ugut harta pencarian Siti Kamar untuk kepentingan nafsu peribadi. Duit saku Siti Kamar hasil usahanya mengajar tajwid kepada budak kampung lesap begitu saja. Pak Baen akhirnya menemui noktah kegagalannya dalam membina rumahtangga bahagia.

Walaupun Pak Baen diisytihar sebagai manusia paling perkasa dikampung namun dia juga tidak mampu untuk menghadiahkan zuriat buat pasangannya. Siti Kamar isteri yang di talaknya kini telah berjaya menjadi usahawan muslimah. Siti Kamar semakin sakses membuka beratus-ratus 'francais' busana pakaian muslimah di beberapa buah negeri. Siti Kamar, isteri yang pernah diperalatkannya dulu kini tidak lagi menoleh ke belakang.

Sehingga saat ini Pak Baen masih lagi berusaha merujuk kembali ikatan nikahnya walaupun sedar talak tiga yang dilafazkannya suatu waktu dahulu nilainya tetap tidak mampu diubah. Yang hangat dan terkini sempena bulan haji ini, jebon-jebon upahannya telah mencadangkan kepada Pak Baen untuk berdoa di Mekah supaya pintu hati Siti Kamar dibuka semula untuknya. Supaya dikembalikan semula 'akidah' asalnya.

Barisan penasihat 'think-thank' 25% nya juga semakin tidak berdaya untuk membuat sebarang transformasi. Tambahan usia Pak Baen juga semakin lanjut bak pepatah "rumah kata pergi, kubur kata mari". Pak Baen umpama "hidup segan mati tak mau" apabila disytihar pakar perubatannya mengidap penyakit tiga serangkai. Segala rekod cemerlang, gemilang dan terbilang dulu seperti sudah lupa pada beliau dan tidak berupaya lagi menyelamatkan beliau.

Bagi Siti Kamar, 'pisang tidak mungkin dua kali berbuahnya'. Dia tau Pak Baen sudah terhapus ikhlasnya untuk mencintainya lagi. Siti Kamar tau Pak Baen ingin mengambil kesempatan atasnya. Kefemesan Siti Kamar ingin digunakan bagi mengembalikan semula imej Pak Baen yang tercalar teruk. Perpisahan mereka dirungkai seribu satu natijah..

"Jom pakat-pakat membenci kesesatan 'Hari Valentine'.."

No comments:

Post a Comment