VOCALIST

Thursday, December 9, 2010

KAHWIN JUGAK

Fenomena musim kenduri dah bermula. Kalau namanya tuan walimatul urus, usah dikenangla kalutnya. Jemputan pun turut rasai bahangnya. Dah bertimbun kad jemputan. Kalau tersasar perancangan silap-silap kenduri di kampung sebelah pun boleh jadi lupa. Yang kes tersilap rumah kenduri pun ada. Sebaiknya rancanglah sebetulnya termasuk peta rumah sekali.Kahwin di hotel boleh la aktif GPS tapi kalau di kampung jangan berangan.
Dah memang fitrah, sapa pun nak majlisnya dikenang. Yang duit berkeping-keping bolehla bermewah di hotel yang kelas bintang. Siap karpet merah lagi dah mengalahkan Sultan negeri Baghdad. Tak pun buat di kawasan tasek yang ada lanskap lawa. Ada yang buat di dewan dan bergantung jugak pada kapasiti dan sewanya.
Untuk bahan kenangan boleh diabadikan saat bahagia pasangan melalui pakej-pakej kahwin yang siap dengan jurufoto. Kadang-kadang pakej gambar diasing. Lebih hebat senario kahwinnya dirakamkan secara langsung oleh stesyen TV dan disiar langsung ke seluruh dunia. Semua boleh tengok 'live' macam tengok bola kat kedai mamak.
Kalau yang 'grand', tetamu dan hadirin tak habis bersembang pasal majlisnya. Kadang-kadang sampai tak sedar pasangan mempelai tu dah naik turun mahkamah syariah berkali-kali. Cerita pelamin la, baju pengantin, dandanan, solek, cincin emas, kerusi, meja makan dan memacam. Memang susah nak berenti. Semua kalut nak yang paling luarbiasa. Yang biasa tetap macam biasa. Kehebatan suasana mewahnya sampai jemputan terlupa nak doakan bahagia pasangan.
Ada kenduri yang orang kampung pun takut nak pergi. Siap dengan tema, warna dan pakaian yang sesuai dengan agenda. Nak jemput kenduri pun bersyarat macam nak pergi temuduga. yang lagi takut dan dan lagi luar biasa kalau balik dari majlis kenduri diserang cirit-birit.
Ada 3 kenduri berlangsung di kariah Senduk. Sehingga hari ni seorang (Ajam) dah diijabkabulkan dan 2 lagi bakal berlangsung (Diha 19.12 & Hanit 25.12).
Berlatarbelakangkan bunyi katak dan titis hujan, sahabat Sidang Senduk Mat Ajam dan pasangannya telah selamat diijabkabulkan selepas maghrib 19.11.2010. Dalam masa tak sampai 30 minit majlis nikah berlangsung dengan berwakilkan Tok Kadi Ust Husin yang cukup popular di Bukit Gantang. Suasana masih tenang walaupun lokasinya di area beranda Madrasah Attolibiyah Banggol Nering. Majlis turut disaksikan oleh 3 biji bantal milik kariah surau. Hadirin sekadar menjamu nasi lemak bungkus dan kopi O yang dihidang oleh kariah. Hujan renyai tadi kemudian berhenti apabila Azan Isyak bekumandang. Esok dan lusanya berlangsung majlis resepsi di rumah perempuan dan lelaki.

Barakallahu lakuma wabarakah....'alaikuma wajama'a bainakuma fil khair..
Kahwin jugak Mat Ajam.

No comments:

Post a Comment