“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Makin kuat cita-citanya bila mengetahui setan tidak akan mengganggu.
Bila menjelang sahaja fajar Ramadan nafsu mula ambil peranan syaitan. Mula mengganggu permulaan semangat. Perut mula meminta-minta untuk memuaskan nafsunya. Walaupun tidak menyentuh saat sehingga matahari terbenam tapi nafsu meminta agar dilunaskan laparnya ketika azan Maghrib berkumandang.

Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Carilah lailatul qadr pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan”. (HR. Bukhari, Muslim)
Apabila tercecahnya akhir 10 Ramadan maka aura Syawal mengambil alih tugas menggoyang nafsu. Dengan sokongan media arus perdana, ruang untuk amal mula tertutup bukunya satu mukasurat ke mukasurat.
Zikir berganti dengan kira keping RM. Solat jemaah diganti dengan solat diakhir waktu. Pelbagai pembaziran di 'sedekah' kepada kapitalis yang sememangnya pakar dalam mengaut untung. Lebih 'hebat' , ada yang meletakkan fitnah sebagai zikir lazim Ramadannya dengan suasana yang lebih subur berbanding bulan lain..wal'iyazubillah..

Pulangan apa yang hendak dinikmati di Eidulfitri jika pelaburannya sasar.
Adakah kita menghitung nasib Ramadan kita akan datang..
No comments:
Post a Comment