VOCALIST

Thursday, August 12, 2010

PENYAKIT KELAMIN ATAU PENYAKIT MORAL

Bakteria Gram negative diplococci, Neisseria gonorrhoeae..Bakteria ini boleh berjangkit dari seorang individu ke individu lain melalui hubungan seks vagina, dubur atau oral, walaupun individu yang berjangkit tidak menunjukkan sebarang gejala. Penyakit ini ditujukan dan dirisikokan kepada penzina melampau, seks bebas, melanggan pelacur dan homoseksual. Kategori tak bermoral, beretika dan beragama.

Penyakit gonorea ini dijangkiti melalui hubungan kelamin dan risiko jangkitan daripada satu hubungan kelamin dengan seorang yang dijangkiti gonorea ialah antara 30 dan 70 peratus. Bayi juga boleh dijangkiti apabila dilahirkan oleh seorang ibu yang berpenyakit gonorea. Kira-kira 30 peratus daripada bayi ini akan mendapat permasalahan sakit mata (bertahi mata) pada minggu pertama selepas dilahirkan.

Tanda bagi lelaki

Keluar cairan (discharge) daripada saluran kencing lelaki. Lazimnya keadaan ini berlaku 3 hingga 10 hari selepas bersetubuh dengan wanita yang berpenyakit gonorea. Kadangkala pesakit berasa kesakitan sewaktu membuang air kecil. Sebahagian kecil (15 peratus) daripada lelaki tidak mempunyai sebarang tanda jangkitan. Perlu diingatkan baha

wa lelaki dan wanita berpenyakit gonorea yang belum dirawat boleh merebakkan penyakit ini kepada wanita yang disetubuhi termasuklah isterinya sendiri.

Tanda bagi wanita

Tidak ada sebarang tanda yang khusus. Cairan yang keluar daripada faraj perlu dipastikan mengandungi organisma N gonorrhoeae sebelum membuat diagnosa(pengesahan makmal kaji kuman) dan memberikan rawatannya.

Sejarah hubungan kelamin yang dilakukan oleh seseorang yang dijangkiti penyakit gonorea perlu dijejaki supaya penyakit dapat dirawat dan dihalang daripada

merebak. Apa yang lebih penting ialah untuk mengamalkan gaya hidup sihat, iaitu tidak mengadakan hubungan seks secara haram dan rambang.


Bukan ini jalan penyelesaian

Syor Agama


Langkah dianjurkan oleh Islam ialah langkah mencegah kerana ia jauh lebih baik daripada usaha memperbaiki atau mengatasi masalah yang timbul akibat gejala sosial ini. Marilah kita renungkan dan ambil pengajaran daripada hadis dikemukakan.

Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud:

Sabda Rasullulah saw: "Hai golongan Muhajirin! Ada lima perkara jika kamu ditimpa atau ia berlaku di lingkungan kamu - saya berlindung kepada Allah apabila hal itu wujud di antara kamu. Apabila pada satu kaum bercabul perzinaan sampai mereka melakukannya secara terang- terangan, maka mereka akan diserang oleh penyakit yang belum pernah dialami nenek moyang mereka."

"Apabila mereka mengurangi timbangan dan takaran, mereka akan dihukum dengan kepapaan dan kemiskinan serta kezaliman daripada pihak berkuasa.

"Setiap mereka enggan membayar zakat harta mereka, mereka akan terhalang beroleh hujan dari langit dan jika tidaklah kerana haiwan ternak, tidaklah mereka akan pernah diberi hujan.

"Sekiranya setiap mereka melanggar janji Allah dan janji Rasul-Nya, mereka akan dijajah oleh musuh daripada bangsa lain yang akan merampas sebahagian kekayaan mereka dan selama pemimpin mereka tidak menjalankan hukum yang ada dalam Kitabullah, maka saling sengketa akan berkobar di antara mereka."

Dengan pengalaman aku sendiri seorang budak umur sekolah menengah telah di uji positive untuk penyakit ni. Mengaku telah berkali-berkali melanggan pelacur di premis area bandar. Ibubapanya masih lagi belum mengetahui aktiviti gelapnya. Bayangkan begitu rendah tahap moral muda-mudi sekarang hasil 'didik' pemerintah mereka. Allah dan Rasul SAW sebenarnya terlebih dahulu memberi bayangan keadaan umat akhir zaman.


No comments:

Post a Comment