VOCALIST

Friday, June 24, 2011

MARI MEMBENCI KAMAL ATARTURK SI BAPA KEDURJANAAN

Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK?? Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..
Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini... Moga Allah melaknat beliau..

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.


Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.
Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :


1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.


Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jamdisebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.


Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi namaEtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Di kongsi dari : anakmuaallaf.blogspot.com

Thursday, June 23, 2011

PLAN B : DEMONSTRASI AMAN BERSIH

Tunjuk perasaan  atau demonstrasi ("demo") adalah sebuah gerakan protes yang dilakukan individu atau sekumpulan orang di hadapan umum. Protes biasanya dilakukan untuk menyuarakan pendapat terhadap kepincangan yang dilaksanakan suatu pihak. Tunjuk perasaan dijadikan sebagai suatu langkah tekanan buat pihak sasaran untuk dengan harapan berlaku sesuatu perubahan yang menguntungkan pihak pendemo (penunjuk perasaan).Demonstrasi Aman haknya dijamin perlembagaan Malaysia (rujuk Artikel 10 dalam Fasal 1, kebebasan berhimpun dan berpersatuan.)

- Disunting dan Diubahsuai dari Channel Wikipedia

" Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik. "

" Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. "

" Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal. "

" Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan. "

" Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti. Oleh itu saya tidak mempertikaikan BERSIH di sudut tujuannya. "

- Dr Asri Zainal Abidin (Dr MAZA) di Minda Tajdid

Nabi Mohammad SAW dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi: “Sesungguhnya jiranku menyakitiku”.

Sabda Nabi: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”.

Maka mereka berkata:“Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”.

-(Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

" Sistem Demokrasi dibenarkan Islam apabila garis prinsipnya bersesuaian dengan syariat. Demonstrasi 'Aman' pula merupakan pakej terkandung dalam Demokrasi. Apabila berlaku kepincangan dalam sistem demokrasi, rakyat layak menggunakan demonstrasi sebagai alternatif atau jalan kedua.
" Walaupun terdapat mudarat-mudarat kecil seperti kesesakan, gangguan kepada peniaga dan sebagainya "

- Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Tanyalah Ustaz TV 9, 13.6.2011

Monday, June 20, 2011

RENTAK 'BUDAK MUDA THE RETURN'

Tarikh : 18hb Jun 2011
Masa. : 7.00 pm (till midnite)
Hari : Sabtu Malam Ahad
Kedatangan : 400 orang
Tema. : Santai, persembahan, makan-makan.

Jam 4.00 pm team Kepala Bukit dilihat bertungkus lumus menyiapkan menu bihun sup berhampiran Markas Batu 8. Jemputan mula memenuhi ruang solat disediakan penganjur berdepan blok utama untuk mengerjakan solat maghrib berjemaah pada jam 7.00 pm. Geng cilik senduk memperdengarkan zikir munajat sebelum azan Maghrib dilaung. Selesai solat Maghrib berjemaah, ucapan aluan Ustaz Nordin diikuti Takirah ringkas Ustaz Hanifah. Petugas mula menyusun kerusi dan meja tetamu diikuti solat Isyak berjemaah yang diimamkan Emi. DJ Shahrul, Hize dan Ajam mengalukan kedatangan budak-budak muda dan jemputan dan mempersilakan menjamah menu-menu tersedia. Bihun Sup dari Kepala Bukit (Awie) Nasi Lemak Changkat Ning (Duan), bubur spesial dari Senduk (Farid dan Paksu) antara menu utama. 3 ekor Kambing Panggang (2 ekor daging ais, 1 ekor dibeli dengan harga runtuh dari ahli kariah saudara Din pengusaha binatang ternakan) yang diketuai oleh Pak Mansor masih dalam proses pembakaran. Saudara Eddie dan Abang Ngah mengambil alih menguruskan teh tarik dan air oren.

Sementara hadirin menikmati hidangan lagu pelbagai irama di perdengarkan. Terdapat juga ucapan ringkas dari orang-orang kuat, ulama kampung. Yayasan Amal mengambil pentas dengan penerangan berhubung aktiviti-aktiviti amal melibatkan mereka seperti banjir, kebakaran, Bantuan Palestin dan terbaru misi mencari Kartika. Kemudian penduduk di 4 kampung berlainan (Changkat Ning, Bendang Siam, Kepala Bukit dan Senduk) dihiburkan dengan paluan hadrah persembahan dari Budaya Warisan pimpinan saudara Hamizan. Hadrah merupakan seni kompang turun-temurun kariah area Batu 8 ini. 

Hadirin kemudian diperdengarkan bait-bait puisi lontaran Ustaz Ahmad Fariz, salah seorang jemputan khas malam Budak Muda. Ustaz muda ini mengalunkan puisi berjudul Beban Pejuang sentuhan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali. Tayangan video diteruskan kemudian dengan tazkirah ringkas Ustaz Azhar Idrus berjudul Persaudaraan dalam Islam (tak complete pasal masalah teknikal, downline). Kemudian saudara Emi sekali lagi mempersembahkan puisi bertajuk Budak Laptop yang ditujukan khas buat Budak Muda malam itu.

Jam 11.00 pm jemputan mula beransur pulang berkadar langsung dengan menu perdana Kambing panggang yang mula susut. Menu-menu setiap kampung dah 'setel' lebih awal. Bihun sup dan Nasi lemak langsai selepas 40 minit dihidang, walau bihunnya 2 kali di'cela'. Jemputan yang datang dianggarkan mencecah 400 orang jika dikira 'target' pinggan oleh tukang-tukang masak. Jam 12.00 'Budak Muda The Return' mengakhiri upacara dengan pemunggahan khemah-khemah, pungutan sampah sisa dan sesi kemas-mengemas. Semua petugas letih dan puas dan kami kemudian bersalam-salaman antara kami sebelum balik.

Saturday, June 18, 2011

BUDAK LAPTOP

Ini betul belagak indie
Brader retro dengan rock ranggi
Genre Suka hati Peduli apa
Ini baru Stailo
Gaya metropolis ke downtown

Derap tapak follow degup nafsu
Garang macho ala samseng revolusi
Awas semua! Kami ada kerja disini
Kami mahu muat turun di Network ini.

Sayup vokal tok syekh
Lemak Lembut menyepak pipi
Sempoi betul 'tuning' Nya
Bikin Kapok stringnya kendur

Emosi jangan digoncang
Bukan kami ini spesis terjun titi
Atau kalut kaut guli
Diktator?jauh sekali rejim
Tersangkut hati, ayuh kita demo di trek
Lu tak suka, gua bikin gila
Gua rasa zalim, lu rasa seleweng.
One by one dulu kalau berani
Bak sini kunci stadium
geng kami nak turun
Apahal kami nak goyang
Kami ini trademark kebangkitan

Didekasikan buat :
'BUDAK MUDA THE RETURN'
Malam 18hb Jun 2011

Wednesday, June 8, 2011

PAK BAEN STORY : PUAKA STADIUM

Polis mengumumkan untuk meletakkan pasukan khas di FAM bagi memantau kegiatan rasuah di dalam sukan bolasepak khususnya. Susulan penangkapan seorang Jurulatih Skuad Reserve Negeri Sembilan.

Ini bermakna sekurang-kurangnya pejabat bertaraf gerai berwarna biru putih kegemaran Jabatan Polis akan diletakkan di premis FAM. Pulun nampaknya polis mengerahkan anggotanya membanteras rasuah. Berjemaahla lepas ni mereka di stadium-stadium utama.
punca raksasa mengganas di stadium

Peminat-peminat fanatik bola negeri dinasihatkan lebih berhati-hati dengan fenomena ini. Pengebom-pengebom asap akan diawasi. Pembaling-pembaling botol mineral jangan ter'miss' baling. Silap-silap terkena Encik Polis. Jangan sekali-kali membawa sepanduk berbentuk provokasi sebarangan. Awas untuk mereka yang tersilap pakai baju pasukan bertanding atau tersalah mengibarkan bendera pasukan lain. Kalau ke stadium menyokong pasukan Perak misalnya jangan dipakai 'mafla' Manshester United pulak.Tolong jangan buat lawak berlebihan di stadium.

PAK BAEN STORY : PETRONAS TAMBAH KEUNTUNGAN

"Petronas mencatat keuntungan lebih tinggi berakhir 31 Mac 2011 didorong kenaikan harga semua produk. Perolehan meningkat kepada RM 241.2 b berbanding RM 210.8 b tahun sebelumnya. Keuntungan pra-cukai meningkat kepada RM 90.5 b daripada RM 67.3 b sebelum ini. Petronas umumkan bayaran sebanyak RM 30 b kepada Kerajaan Malaysia."
keuntungan tertinggi

Umum pembaca berita yang keluar dari corong speaker radio yang diborong semasa zaman jepun mengebom Pearl Harbour lagi. "Alhamdulillah" Sendawa lega Pak Baen kesan kopi 'o' kurang gula Mak Mah sambil menegangkan rantai basikal tua yang sudah banyak berjasa kepadanya. Basikal inilah yang di gunakan untuk operasi mengutip susu getah setiap pagi. Dulu (once upon a time), YB tempatnya berjanji menghadiahkan sebiji kapcai dengan pakej helmet dan lesen percuma untuknya melalui Skim Warga Emas. Tapi masih tertangguh kira-kira 4 tahun. "Takpa la..tak payahla aku nak ubah gaya hidup" Pak Baen berbisik pada dirinya. "Ini pun dah kira untung"

Tuesday, June 7, 2011

JAGOH KAMPUNG

Ahad 5.6.2011 - Pemain nombor satu dunia, Nadal, menyamai rekod enam kejuaraan di Roland Garros Bjorn Borg semalam dengan kemenangan 7-5, 7-6 (7/3), 5-7, 6-1 ke atas musuh tradisi Roger Federer, sambil melebarkan rekod kariernya di Paris kepada 45 kemenangan dan hanya satu kekalahan.
gaya jagoh dunia

Bila la nak tengok Malaysia lahirkan legenda tenis. Nak tengok aksi pemain Malaysia di Roland Garros misalnya. Orang kata dalam dunia tiada yang mustahil. Isyh!! Susah nak kata..Dari era Adam Malik (nama ni memang sinonim dulu) sampai sekarang tak nampak potensi pemain Malaysia ni. Apa kata suruh saja Nicol David main tenis. Nampak macam sama saja skil dan tekniknya.

Meja ping-pong Klasik

Sebut pasal tenis teringat kat meja pingpong (table tennis) kampung. Tapi meja tu dah pupus makan dek anai-anai. Walaupun entah kemana pupusnya tapi impaknya dalam melahirkan legenda ping-pong kampung memang tak dinafikan. Kalau datang musimnya, turunla dari merata ceruk bakat-bakat luar biasa ni. Macam 'orang gila' puak-puak ni beraksi. Tak ingat siang, tak ingat nak balik makan nasi tengahari. Selesai di gelanggang kemudian dibawak pulak gebangnya disurau. Tak kira apa jenis sukan pun begitulah keadaannya. Maka tak mustahil lahir bermacam-macam jenis jaguh.

Struktur binaan meja ping-pong

Binaan meja ping-pong milik jagoan kampung ini antara dianggap klasik pada zamannya. Bahannya terdiri dari papan 'plywood' buangan sumbangan kalangan kariah. Papan tadi dikumpul dan dicantum menjadi seakan-akan meja ping-pong yang memenuhi spesifikasi asal bertaraf dunia. Begitupun tahap lantunan bola tidak memenuhi piawaian. Papan pemukul juga begitu. Bukan pakai getah standard pemain dunia. Dan pasal tu lah jaguh-jaguh kelahiran papan 'plywood' ni sangat terlatih dan pantang bola tanggung.

Rasanya Nadal dan jaguh dunia lain mungkin terlatih seperti orang Senduk. Masalahnya bakat jaguh dunia dihidu organisasi terlibat merekrut. Jagoan Senduk kebanyakan karier mereka berkubur setelah habis zaman sekolah. Dan Malaysia perlu buat kajian pendekatan yang diguna pakai jagoan Senduk.