Menu mengikut Wilayah
Wilayah Hilir - Bihun Sup ayam
Wilayah Tengah - Lemang
Wilayah Utara - Nasi Beriyani
Wilayah Perumahan Guru MTI - Lontong
Muslimat - Laksa
Pemuda - Minuman
Pihak Cawangan - Satay
Perkara bias dimana-mana majlis makan-makan, menu yang paling popular dan 'versatile' ialah sate. Walaupun sate ialah menu yang terlewat disiapkan pihak kami namun sate juga paling laris dan setel seawal jam 11am. 'Pengusaha' sate yang rata-rata budak-budak Muda mengadu terdapat kes pemakan bertindih. Mungkin tahun depan kita akan buat sistem cap jari bagi mengelakkan kes ini berulang.
Sambil menjamu hidangan tersedia, terdapat acara sampingan seperti anyam ketupat, kerusi muzik, tiup belon, motor lambat, baling belon, rebut coklat dan tarik tali dan semua acara disesuaikan mengikut status umur. Ada persembahan nasyid dari budak Pasti, ada silat dan demo padam api dari JPA. Semua acara menghiburkan dan paling 'gila' ialah acara tarik tali yang berlangsung waktu matahari terpacak atas kepala.
Sambutan berakhir kira-kira jam 2 pm. Satu lagi 'senjata' hebat orang Senduk ialah mereka berjaya setelkan kerja pemunggahan dan pembersihan area sambutan sejurus selepas program berakhir. Perkarangan rumah Pakcik Awang kembali seperti tiada apa yang berlaku. Meja dan kerusi kembali tersimpan di tempat asalnya.
Terima Kasih buat kehadiran pengunjung-pengunjung yang jadi penyeri sambutan. Tahniah buat ahli kariah yang 'pulun' sampai penghabisan dengan usaha maksima seolah-olah kenduri peribadi. Pihak pengacaraan pohon kemaafan jika terdapat kekurangan di pelbagai sudut dan berharap matlamat 'ukhuwah Islamiah' tercapai diakhir sambutan. Insyaallah berjumpa lagi di Edisi akan datang...